Sunday, January 31, 2010

Nasi Goreng Merah Daging

Ini menu malam semalam. Teman dah kureng idea nak masak untuk encik abg. Maleh2 pk, teman masak nasi grg kegemaran dia aje ler. Suami kabo, nasi grg ni sebijik macam mak dia masak.Rindukan mak ler tu...ihik..untuk memastikan kepuasannye, teman masok juge.
Nasi ni tak bapae nak merah, sebab cili kering lil bit pedas.So, suam2 merah le kekdahnye.
Nak melengkapkan lagi, teman gorengkan papadom dengan ayam goreng tanpa tulang.Hok ni, teman tak makan langsung. Teman dok perabihkan siakap 3 rase tengahari smlm.ngeee

Bahan2:
2 pinggan nasi putih

Bahan untuk dikisar:
5 batang cili kering
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Sedikit ikan bilis

kisar hingga lumat.

5 biji bebola ayam brand Ayamas - potong dadu

Cara2:
Panaskan minyak. Masukkan bahan2 kisar.Goreng hingga garing atau naik minyak.Masukkan garam dan bahan perasa ikan bilis.
Masukkan bebola ayam. Biar seketika.
Masukkan nasi dan kacau hingga rata.
Perlahankan api, kacau hingga betul2 masak.
Siap

Ate..boleh ler hidangkan.

Saturday, January 30, 2010

Prosperity Burger


Ha, ni teman jumpe bege prosperity dekat RnR sini,walaweiii...ngak perlu pergi McD.Murah dan sedap.

Friday, January 29, 2010

Puding Lapis Karamel


Puding lapis yg tak brape nak jalan.Teman jek yg kena abiskan.mau berminggu2 nak abiskan ni.Suami makan septong je.Hahahaha..
Dalam peti es tu, ada setengah lagi.
Erm, agak keras skit, next time boleh try lagi, tp kena kurangkan tepong kastard.


Amik resepi dr blog hana's family.

Bahan2:
Untuk karamel - 5 sudu besar gula pasir. dan 5 sudu besar air

Cara2 buat karamel:
Masukkan gula ke dalam periuk.Tunggu hingga gula mencair dan hingga perang.
Sambil2 tu kacau, jgn hingga hangus lak
Pastu, pelan2 letak satu sudu air.Pelan2, kang meletup melecur tengan.
Kacau lagik.Letak air pelan2, hingga abis.
Siap le karamel.
Letakkan karamel ke dlm loyang.Ratakan dan sejukkan.

Bahan puding:
4 biji telor ayam
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar tepung kastard - next time pakai 1setengah sudu dah ckup.
1 sudu serbuk koko. - lain kali ubuh skit jek.n nak letak sedikit nescafe pon ok.

Cara2:
Pukul telor hingga kembang dan masukkan susu.
Masukkan esen vanila dan tepung kastard. Pukul kejap jek.
Bahagiakan kepada dua. Satu bahagian plain, dan satu bahagian letak koko.

Masukkan lapisan pertama. Pastikan semasa menuang ke dalam loyang itu, tapis bahan puding.
Kukus dalam 5-10 minit. Tuang lapisan koko lak.Ulang langkah2 tersebut hingga habis.
Amin....siap...
makan dlm keadaan puding sejuk okay...

Selamat cube

Nasi Goreng Kampung Berdaging


Ni menu malam kelmarin. Seharian tak pekena nasi, suami suggest buat nasi goreng kampung, dan perabihkan daging yg tinggal seciput je tu. Suami tolong hiris2 kan dagingnye, aku buatkan rencah untuk nasi goreng. Layan tekak stlh seharian berjalan ke sana sini.

Bahan-bahan:
Nasi
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis- dah siap kopek dan buang taik
5 batang cabai burung
Sedikit belacan

Tumbuk kesemua bahan2 diatas.Tumbuk jgn halus sgt2.

Daging- dihiris halus2

Cara-cara:
Panaskan minyak.
Masukkan daging.Goreng seketika.Ketepikan.
Kemudian, guna minyak yg sm, masukkan bahan tumbuk.
Kacau hingga betul2 garing.
Masukkan dgg.
Masukkan garam dan bahan perasa.
betul2 garing, masukkan nasi.
Kacau rata. perlahankan api.
Dah rata dan masak.tutup api
Sedia dimakan.

Ikan Siakap 3 Rasa



Arini, kami makan ikan.lama jugak ikan tak masuk rumah, balik2 ayam, daging.tekak pon tak leh nak terima dah.so, pagi2 lagi suami dh ke paso cr ikan.so, terjumpe ikan siakap ni.trus terpikir nak masak 3 rase aje...stim macam tak laku lak.

Bahan2:
Ikan siakap- bersihkan dan lumur dengan kunyit dan garam

Bahan2 untuk dikisar:
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang cili merah
1 biji tomato
1 batang saleri


2 sudu sos cili
2 sudu besar pes tomato - optional
Capsicum - potong dadu
2 batang putik jagung
1 batang saleri
1 biji bawang

2 sudu besar gula
sedikit garam

Cara2:
Goreng ikan hingga garing.

Panaskan minyak, dan masukkan segala bahan2 kisar.
Tunggu seketika.
Masukkan pes tomato dan sos cili.
Gaul rata.
Masukkan gula dan garam.
Pastikan rasa gula dan kemasamnye.
setelah pekat, masukkan air utk menambahkan kuah.
Tunggu seketika.Akhir sekali masukkan capsicum, putik jagung dan batang saleri.
Tunggu hingga sayur masak...

Akhir sekali..pabila ckup rase masam dan manis tutup api.
Letakkan kuah diatas ikan goreng tadi.
Siap

Samat mencube

Tuesday, January 26, 2010

Syukran

Syukur alhamdulillah.penatian selama 10 bulan telah berakhir.
Akhirnye teman dpt jugek keroje. Maka bermula 1feb 2010, kerjaya blogging teman, agak berkurangan yer.Tapi, harus menepek dan berkongsi resepi disini.
Doakan teman berjaya dan terus berjaya yer.

pstt...sgt2 kepingin coklat cheese skrg ni...rugi tak rembat kat SR tu...ku pandang2 dan jeling2 jek..

ceyooo

Wednesday, January 20, 2010

Steak Daging


Salam sumenye n selamat pagi.
pepagi dah teman memblog yer.tgh idea ni dan rajin ni, lebih baik teman siapkan resepi yang dibuat smlm. sebenonye teman teringin bebeno nak makan chicken sebeno2nye.tapi, ayam takde, teman gantikan dengan daging. jenuh la cilok2 resepi. jenuh teman jalan2, akhirnya jumpe dlm myresepi.com. resepi yang simple sangat2.manakala sosnye, teman ubah suai dengan resepi kak lang.

meh nengok...kenan ke tidak tekak tu!

Bahan-bahan:

Steak:
Daging lembu- potong lebar2(utk 4 keping)
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 sudu besar lada hitam
sedikit garam
(perapkan bahan2 diatas, selama lebih kurang 30 minit)

Setelah diperap, masak diatas kuali non stik atau nak grill lagi cantek.

Sos:
Setengah bawang merah
2 ulas bwg putih-optional-teman tak taruk pon
1 inci halia- optional-teman tak taruk
Setengah biji tomato
~semua diatas dikisar halus

bahan perasa:
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu lada hitam
1 kiub ayam
sedikit garam
1 sudu tepong jagung - letakkan dlm satu cawan gelas.

Sediakan periuk,masukkan bahan yang telah dikisar.Buka api sederhana.
Kacau seketika,masukkan bahan2 perasa.
Akhir sekali masukkan tepung jagung.
Tunggu hingga masak.Tutup api.
Sos ni masam sedikit.

:sumber-myresepi, kak lang.

Tuesday, January 19, 2010

Selak2 resepi

arini, siap menyental rumah.lama jugak tak buat aktiviti ni. dan jugak siap berkebun..ejas pasu2 tu kat luar rumah.bagi direct dengan matahari. sian pokok duit2 aku tu, abis layu semacam. tu pon suami yang perasan..so, arini pokok duit2 dah dpt zat yg secukupnye..suke!

smlm beli belah kat paso malam gelang patah. beli barang2 dapo skit2. langsung jumpe pokok buluh hok kecik-kecik tu.suami teman berkenan beno.ambik la dua batang, dan jeli kristal.arini siap, alihkan pokok lidah boya ke dalam pasu yg ada kristal.insyaAllah, bio le dia membeso dengan penuh sayang aku dengan suami..hahaha...



agak bosan sket pagi ni.tu yang selak2 buku2 resepi lama. akhirnya terjumpa resepi chicken chop dan chicken beng(popcorn ciken).yehaa....dua2 resepi dah penah dan sll aku cuba.mmg simple n sempoi.especially ciken beng tu.budak2 (anak2 sedara) aku kemain suke!
Tapi, kali ni aku nak try buat steak daging lak.tapi, guna resepi chicken chop ni. Stik utk makan malam ni. Tengahari tak masak.Malas la...sebab makan sorg, so..lebih aku masak utk malam je.makan berdua kan best...ihik..

InsyaAllah...aku akn tepekkan hasilnye..

Mee Goreng


breakfast kami pada pagi ni adalah mee goreng.
2 hari dok makan mee aje.mentang2 la suami dah memuji..ihik
resepi kali ni aku amik dr resepi kak lang..dulu masa duduk dengan dia di temerloh, dia la tukang masak aku..hahaha..sebenonye, mee dia paling sedap. berminyak dan ckup rase.
sume bahan2 ni, yang ada dlm peti umah aku...bantai apa yang boleh.yang penting cukuuup rase!

Bahan2::

Mee kuning
hirisan daging

bahan kena blend:
5 tangkai cili kering
1 tangaki cili padi/cili merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
sedikit ikan bilis-optional

perasa:
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
sedikit kiub ayam
Air dlm 1 cawan
Minyak

Cara-cara::

Gorengkan daging. Tunggu hingga separuh masak.
Masukkan bahan2 kisar.Tunggu hingga agak2 garing.
Masukkan bahan2 perasa.
Tunggu seketika, akhirnya masukkan mee.kacau hingga rata dan masak.

~suggestion::letakkan sawi, udang atau ayam. @ toge.pasti sedap!
(resepi ni sbbkan suami tak berapa minat masukkan sayur2 dlm mee@ meehun.dia suke mcm ni je)

::Makan dengan bwg putih(potong kecil2) dan cili padi (potong kecil2).campurkan dengan kicap cair.::

sumber: kak lang temerloh

Lempeng Jagung Manis



Resepi ni teman amik dr blog hana's family . Daripd resepi ni teman ejas sikit terutama sukatan kat tepong gandum dan gula. Teman pakai gula perang instead of gula pasio. Apa2 pon, resepi ni best sgt2 sbb, dia lembut, even dah sejuk pon, masih lagi terasa lembut. Maceh kak hana.

Mula2, teman nak letak jagung manis,tapi mcm tak kena. Mujur suami perabihkan. Yg lebih2 tu, teman cicah dengan madu je.perghh...lagi sedap.pehtu, cicah lak dengan ayo teh tarik..menggeleto sedap!!!!

Bahan-bahan::

100 gm tepung gandum
50 gm gula perang
2 biji telor
2 sudu besar madu
2 sudu besar minyak masak
setengah sudu baking powder

Madu
Jagung manis

Cara2::

Pukul telor dan gula sehingga kembang.
Masukkan minyak dan madu.Pukul hingga sebati. Letak esen vanilla.(teman takde..tak wangi ler..uhuk)
udah tu, masukkan tepong gandum dan baking powder(dah diayak)
Gaul dengan kaedah kaup balik.

sediakn kuali lepeng. atau kuali non stick.
letak bancuhan kecil2.
terpulang

sediakan dimakan dengan apa2 pon.
yg ni, teman buat tak manis, sebab nak makan dengan madu.

Selamat mencube!

Pancake aka lempeng

arini teman masak lempeng kesukaan ramai,
tp, teman cilok resepi dlm blog kak hana's family.amik sket2 n ejas skit2.at least ada idea nak buat dorayaki katanye.tapi, teman rase tak leh nak kabo dorayaki, sbb tak lengkap resepi teman ni.mula2 teman letak jagung manis...erm...tak jalan...last2 teman cicah ngan madu je..sedap kemain.lembut sgt2...tak manis sgt.balance la ngan madu tu...

ptg ni teman buat dengan minum teh tarik.perghhh...layan....
jap lagi, nak nyoping...

malam kang teman masukkan gambo2 terkini lempeng itu.daadaa

Sunday, January 17, 2010

Sambal Kupang



Teman kan kat sini le baru nak kenal dengan kupang. Al maklumla, suami dok kije ngan hidupan laut. Kalau boleh, ari2 dia nak bwk hidupan laut dok masuk ngumah.hahahah.... Semalam, Acik Lie yang kasi kupang lebih kurang 2 kg. Sume fresh.Isi kemain tembam2.

Arini kami makan sambal kupang dengan bubuq nasik

Bahan-bahan::
Kupang
Kerang (campo sket, belen2 smlm)
(rebus dan kopek isi)

5-10 tangkai Cili kering
Belacan
1 Bawang beso
2 ulas bawang kecil
1 inci halia
~sume diblend hanco

Sedikit minyak untuk menumis.
Masukkan bahan2 yang telah di blend.
Tunggu sehingga cili betul2 garing (minyak dah naik)
Masukkan garam dan gula sedikit.
Sedikit air bg kuah.
Masukkan kerang dan kupang.
Tunggu hingga masak. Dan naik minyak
Akhir sekali masukkan asam keping.

Siap..
jemput makan... :)

Bubur Nasi Ayam


Arini aku ada masalah 'M'.Maklum la dengan 'makcik' yg selalu dtg tiap2 bulan tu.Perut pon agak memulas sedikit. Suami plak takde kat ngumah. Ate, senang la teman nak memasak ikut selera teman.hahahah..
Kupang ada kat ngumah ni, Acik Lie bg smlm. Jenuh la kami nak mengabiskannye. Abg dah siap2 basuh dan rebus semalam.Arini, teman lak kena mengopek. Dok pikio2..tak reti lak nak masak kupang. Sebab penah teman masok kupang smbl.Abih...sume nye humban dlm tong smpah. Selera abg ni, kemain susah teman nak agak. Penin2...
Last2 teman udah abeh pikio, teman nak decide makan yg simple2 aje. Lepeh selak blog2 kengkawan sini, teman dpt idea nak masak bubuq nasik. Side menu dia, teman buatkan sambal kerang dan campo kerang semalam. Pehtu, letak dengan ikan bilis dan kacang tanah goreng. Udah.Simple tapi sedap!

Bubur Ayam ::
2 pot beras (kami nak makan smpai malam)
2/3 dada ayam - potong dadu
1 batang serai
2 inci halia - diketuk
1 batang cili merah besar - potong dadu dan kecil
1 batang saleri - potong nipis2
4-5 biji bawang merah - buat goreng
1 kiub ayam
1 sudu lada hitam
sedikit garam

Cara2::
Rebus isi ayam yang telah dipotong kecil2.
Setelah menggelegak, masuk beras yang telah siap basuh.
Kendian masukkan serai dan halia yg telah diketuk.
Tunggu hingga beras betul2 masak, masukkan air kalau tak ckup
Ikut suke kepekatan masing2
Masukkan lada hitam, garam dan kiub ayam.
Masukkan cabai dan batang saleri.
Kacau rata.
Akhir sekali masukkan bawang goreng.

::Sediakan kacang tanah dan ikan bilis goreng

Saturday, January 16, 2010

Resepi yang tak JADI

Tiba-tiba hari ni, aku terimbas seketika moment2 sms memasak. Ada yang menjadi dengan jayanya, mabeles kata nenek aku, ada yang lingkup masuk smpah dan ada sume aku perabihkan sbb syg sgt mknn dibuang saja mcm tu je.
Disini, aku nak kongsikan beberapa resepi yang tak jadi pernah aku buat. Walaupun sekarang ni ada juga resepi yg tak pernah jadi. Takpela, kita masih dalam proses belajar sekarang ni. Kesilapan itu adalah pengalaman.

Malu sebenarnya bila resepi yang tak jadi, tambahan bila nak hidangkan pada suami. Nasib baik suami jenis yang boleh tolerate, dan tak pernah nak down kan aku.Malah dia akan bg galakkan dan suggest apa yang kurang dan apa yang terlebih.

Antara resepi yang tak jadi adalah : Apam, Kek Marble, Puding Caramel, Puding kek karamel, Kek Coklat, Apam Gula Hangus, Biskut Makmur, Krim Puff Kastard, Mee Goreng (waaa...kenapa masih tak reti2 lagi???)...dan banyak lagi.
Frust jugak kalau apa yang kita buat tak jadi,tapi bila dtg semangat nak buat, aku teruskan usaha itu. Alhamdulillah, hasilnye lebih elok daripada sebelum ini.

Kelako pon ada, bila terkenang kenang balik masa membikin resepi2 ni.Alih2 ada yg dibuang macam tu je, berkulat, tak pon, masuk semua dalam perut aku (ni kes, sedih sgt la..hahahha)

Cek it out ler::

Sebahagian drpd resepi yang pernah aku buat

Wednesday, January 13, 2010

Ayam Bakar Black Paper Mayonis


Ayam Bakar Black Paper Mayonis


Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam, bahagian dada, paha(kelar-kelar)

Bahan2 utk di kisar:
2cm halia
2 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 tangkai serai, potong halus

Bahan2 sos dan perasa:
1 sudu black paper
1 sudu madu
1/2 sudu gula
1 sudu besar kicap manis
1 sudu sos tiram
1 sudu lada sulah
2 sudu besar mayonis
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:
Rebus ayam seketika.(mudah untuk membakar nanti)
Sesudah itu,campur kesemua bahan2 tadi.Gaul hingga rata.
Perap hingga 2-3 jam didlm peti ais.

Bakar dengan suhu 200celcius selama 30 minit.
Guna api atas bawah

::sumber: rimbun@fnr forum.cari::

Side menu:
Sup Bebola Ayam:

4-6 biji bebola ayamas
Air rebusan ayam
Sedikit stok ayam
Sedikit garam

Masak kesemua diatas.
Kemudian,
Bwg merah, putih dan sedikit halia dipotong mayang, dan digoreng/tumis digoreng tepi(guna kuali lain)

Masukkan bahan2 goreng ke dalam sup.Kacau dan tutup api.

Sayur Goreng Capcai:


Celur kesemua dibawah:
Beberapa batang brocoli
Beberapa batang kobis bunga
2 tangkai putik jagung - potong bulat2

Bahan sos:
1 biji bwang putih - ketuk
2 sudu besar sos tiram
secubit gula
secubit garam
sedikit tepong jagung
Air dlm 5 sudu
Sedikit minyak

Tumis bawang putih, masukkan air sedikit.
Kemudian letak sos tiram dan bahan perasa
Akhir sekali letak bancuhan tepong jagung.
Kacau hingga pekat.

Curah sos ke atas sayur yang telah dicelur.

Selamat mencuba.








Ayam Bakar Black Paper Mayonis

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam, bahagian dada,

::sumber: rumbin@fnr forum.cari::

Tuesday, January 12, 2010

Maggi Sizzling

Bahan-bahan:

Maggi
1 biji telor ayam
Brocoli
Carrot
Bunga kobis
Ayam potong2

2 ulas bawang putih - pecah2
1 inci halia - pecah

1 sudu kicap manis
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
Sedikit garam dan bahan perasa

sedikit minyak utk menggoreng

Cara2:

Celur meggi terlebih dahulu.Tapis dan asingkan.

Tumis ayam yg telah dipotong dadu.Goreng hingga masak.
Masukkan bwg putih dan halia.
Masukkan carrot. Masukkan sedikit air utk dijadikan kuah.
Masukkan kicap manis, sos cili, sos tiram.
Letakkan bahan perasa dan garam.
Letakkan brocoli dan bunga kobis.
Masukkan tepong jagung.Kacau hingga pekat.
Kemudian letak sebiji telur ayam. tunggu hingga telur masak.(jangan kacau)
Tutup api.
Curah kuah keatas meggi tadi.

Sedia makan dengan cili potong.

Sunday, January 10, 2010

Garlic Bread, Mashed Potato dan Brocoli Celur

Dinner last nite. Buat dengan keadaan letih dan malas tapi nak makan...ekekkeke

Brocoli Celur:

Aku tak leh nak describe apa nama mknn ni yer..ekeke.Tapi, kekdahnya hanya lah celur aje.Hahah. Cume letak sedikit garam, celur brocoli dan bunga kobis. Sekejap aje. Pastu angkat. Hidang macam tu aje.

Garlic Bread :

Roti perancis (roti panjang) - yg ni pakai roti lembut, next time amik yg keras.huhu~~
Planta
4 ulas bawang putih - tumbuk sehingga halus
Oregano

Cara-cara :

Roti dipotong senget2, jgn terlalu nipis dan tebal. Sesuaikan utk dimasukkan ke dalam toaster.
Planta, bawang putih dan oregano digaul bersama.
Sapukan keatas roti itu tadi dan bakar.

Cara lain: Cairkan planta. Kemudian gaul bersm bwg putih dan oregano. Boleh disimpan lama, bila nak pakai, hanya celup roti kedalam planta tu tadi.

Mashed Potato:

3 biji kentang - potong kecil2 dan rebus sehingga lembut.Dan hancurkan hingga halus.

Bahan2 dibawah hendaklah dimasak bersama:
Butter - 3 sudu
Susu segar - 1/2 cawan
Garam - secubit
Lada hitam - secubit
Lada sulah - 1 sudu
Oregano

Setelah kentang siap direbus, hendaklah dilenyekkan hingga halus. Kemudian masukkan bahan2 susu tadi kedalam kentang. Gaul hingga rata. Hidangkan

Utk ayam bakar tu, beli siap2 kat Giant. Maka, takde resepi, cume nak melengkapkan hidangan utk suami.

Selamat mencube!

Garlic Bread, Mashed Potato dan Brocoli Celur


Jalan, Makan,Jalan, Makan



Untuk 2 hari berturut2, aku dan suami tak lekang kat umah. Masa yang ada nak dihabiskan bersama2. Kualiti time bersm keluarga mesti ada, wpon sekejap. Abg cuba juga cari masa utk kami berdua. Sayang really appreciate it. Muahhhss...

Antara yg best, jumpe satu kedai di JJ Bukit Indah, iaitu Daiso. All item only rm5. Paling best tempat ni, sume brg made in Japan,byk pilihan. Yg paling kami teruja adalah tupperware. Wow...benda murah,lantas kami rembat ler. Next time mesti nak kena pegi lagi.Harus!!!!

Abg yg lebih2. Antara kami berdua, dia mmg paling xcited bab2 beli brg dapo ni. Actually dia tau apa yg kita tak tau. Kalau beli bahan2 nak masak. Belum kita list apa bahan yg diperlukan, dia dah tahu. So...di Daiso, kami borong tupperware, belaka comei2 dan pelbagai kegunaan. Lama juga kami merayau dalam tu. Survey sikit, sebab lepas ni akan dtg lagi.

Thursday, January 7, 2010

Majlis Pertunangan Has dan BBQ

Tahniah Mak Yang!


Alhamdulillah, urusan pertunangan Has dah berlangsung dengan lancar. Apa org ckp "tetibe"..angin takde, ribut takde, tup tup nak bertunang. Tu org kabo, kalau dah smpai seru kan.
Pada mulanya, aku dan suami mmg merancang nak balik Tpah/ Ipoh untuk makan angin. Kami telah merancang nak pegi Lumut, rancang bersama kakde, Mak, Yop. Alih2 terpaksa cancel sebab Has nak bertunang. Takpela, asalkan kami balik juga.

Mula2 merancang, nak buat Cheese Cake Coklat utk hantaran. Tapi tak jadi, sebab dah lewat dah. Pikir2 balik, takpe la, aku nak buat jugak malam kenduri tu sbb budak2 dah bising nak makan ciskek makndak.ekekekek..Malam tu slps isyak, aku jadi 'cikgu' kepada Kak zura, Kakde, Izzati, BalQis, Mak dan Kaka Cune. Ramai betullah tangan yg 'menggodey' ciskek aku ni.Diorg xcited sgt2 nak bikin, especially BalQis dan Kak Zura. Padahal simple aje...Bak kata mak...'Huh..senang sgt, mak pejam mata je buat'(biasa la ayat2 mak...ekekkekek).Disebabkan ramai sgt yg nak menolong, jadik lambat nak siapkannye. Padahal, kalau aku sorg2, kejap je udah siap. Akhirnya siap kul 12 malam. Yang setia dengan aku menunggu ialah BalQis dengan YoYoB..ekekekek..Tapi, frust sgt, sbb terlupa nak snap picture ciskek itu...sbb sume dah masuk dlm perut.Hahahah

Majlis berlangsung pada 01.01.2010, Jumaat. Kenduri sederhana tapi meriah. Sambut sekali dengan kenduri kesyukuran untuk Adik Ashraf. Makanan mmg best belaka. Paling terharu, ada Tapai. Bukan apa, masa aku kawen, kami laki bini kempunan tak dapat makan tapai.Habis, licin!
Kali ni, 2 hari aku bedal tapai. Nasib baik tak kena panas badan..huhu~~
Kenduri setel b4 solat Jumaat. Diorg (pihak lelaki) dah decide nak kawenkan Has dengan Shah pada bulan 10.

Selama berada di Tapah, kami dipenuhi dengan aktiviti keluarga. Kenduri sana sini. Berkonvoi anak2 Pakcik Muslim. Kiranya, rumah tak berasap ler.Masing2 dah penat nak masak je kojenye.

Ingatkan boleh berehat, rupenye nak kena masak untuk BBQ malam tu. Masak simple aje, tapi, banyak. Antara menu yg sempat dibuat:

~Ayam BBQ- 3 ekor
~Kerang Bakar
~Udang Bakar
~Sosej
~Jagung rebus
~Salad
~Nasi goreng cina
~Puding Buah
~Puding trifle
~Coklat cheesecake
~Air Siren (Abg Yusri kabo Sirap+Oren)
~Sambal Kicap

erk...aku nmpk sup cendawan ditepian tuuu!!

Sebelum aku boleh mengingat ni,meh aku letakkan resepi bg sup cendawan Kak Zura. Petang sebelum BBQ, kami semua pulun sup ni.Sangat2 sedap.


Sup Cendawan Kak Zura:

Bahan2:
1 tin cendawan butang - potong 4
1 labu bawang putih - hiris halus2
Butter - 2/3 sudu
2/3 sudu besar tepung gandum
Oregano/ Daun parsley
Lada Putih
4/5 sudu besar susu cair
1 kiub ayam
Sedikit lada hitam
Sedikit air.

Cara2:
Tumis bawang putih dengan butter. Masukkan tepung gandum. Kacau hingga agak keperangan, masukkan air sedikit. Kacau. Kemudian masukkan kiub ayam, garam, lada putih dan lada hitam. Kacau lagi. Tunggu sehingga agak pekat,(kalau pekat sgt, cairkan sedikit dengan air). Pastikan api perlahan. Teruskan mengacau. Kemudian, masukkan susu cair. Kacau lagi.
Akhir sekali masukkan oregano dan cendawan butang. Kacau hingga pekat dan likat dan kilat!

~sumber; Kak zura, Port Klang

Tuesday, January 5, 2010

Puding Trifle Dengan sos kastard



Satu lagi puding trifle sempat aku buat di Tapah. Puding ni request by budak2 dan anak2. Kali ni mmg nekad nak buat betul2.Sebab nak bikin banyak, utk makan malam BBQ. Ni hasilnye.

Untuk bahagian kek, aku amik belen2 kek hantaran Has.ekekke..dari terbuang macam tu aje.baik perabihkan untuk puding ni kan. Ada 3 jenis kek, aku campak kat dalam ni iaitu, kek oren, swiss role, dan kek coklat. Untuk bahagian layer atas sekali, aku pakai instant Puding Kelapa Nona. Part ni tak berapa menjadi sebab dia meresap terus ke dalam kek. Salah teknik la ni. Next time, kalau nak letak agar2 atau puding, tak boleh diatas/dilapiskan diatas kek, sebab mudah meresap, melainkan kalau kita lapiskan diatas puding kastard. Yela...belajar dr kesilapan.

Cume yg berbeza dengan puding trifle sebelum ni, kali ni, aku kurangkan manis utk puding kastard. Bahagian kek sudah manis, so tak perlu tambah lagi.OK la rase dia seimbang. Lagi satu, aku try makan dengan sos kastard. Bagi berkuah sedikit ler.

Bahan2:

1 tin susu cair
4 sudu tepung kastard cap Blue key
1 mangkuk air
Gula (ikut suke)

Masakkan kesemua bahan diatas diatas api yang kecil.
Kuah hendaklah cair sedikit.
Tunggu hingga masak.
Masukkan kedalam peti sejuk.

Makan bersama buah-buahan campur.

Puding Trifle Dengan sos kastard