Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Raya 2010

Selamat hari raya

Raya tahun ni sepatutnya di rumah mertua aku kat Mersing.Tp, disbbkan turn suami keje...maka kami beraya je la kat CIQ.Best ke dak beraya tanpa ada korge, sedara mara???sj je nak try test..kuat tak perasaan ni menghadapinye?Hahaha...meraung aku ptg raya semasa buat call ke Sungkai.Menangis sampai terkata2.Hanya dpt sebut.."Mak...anin mintak maap...blur..blur..blur.."tak leh nak ckp apa dah...tersekat2 nahan tangis.Hahah.Nasib baik Mak cool je dan dia paham keadaan kami, and sbb tak balik.Bukannya kami enjoy pon kat sini.Sebabkan hubby keje...bukan kami bersuke2 nak raya sendiri kat sini (hanya makluman pada yg tak mengerti).

Alhamdulillah...tahun ni, aku berjaya 'ponteng' 2 hari puasa.Sebabkan terlampau kepenatan, dan lesu...even aku berbuka pon aku tak lalu nak telan mknn.Macam tak percaya je apa yang aku tempuh ni.4 hari sebelum hari raya, aku dah p Klinik Desa Tiram Duku, utk buat penesahan kehamilan dan buka buku.Kami main redah je..sbb tak tahu pon bila masa untuk ibu2 mengandung.Dan secara kebetulan lah..mmg hari tu hari ibu2 mengandung.Dan bernasib baik juga la, sbb tak ramai.Aku tak sangka plak cpt betul dah boleh buka buku.Ingatkan tunngu 13 weeks baru boleh.Rupe2 aku di kalangan yg berisiko sbb aku overweight.Sbb tu, nurse buat appoinmnt selepas hari ni(22/09).Aku tak tahu pertemuan tu camne.tak reti lagi.hahah.Owh..EDD aku 20/4/2011...sama mcm birthday Mama!Ehe...tu baru expecting je kan.OK...lepas selesai check up dengan bidan...aku n hubby decide nak shopping sket.Maka...aku MC utk hari ke dua selepas smlmnya aku amik half day.
Esok plak...again,shopping, khamis pon shopping...hahahah!tu je le keje kami.Bukan beli apa sgt..saja nak cuci mata.

Raya...erm...apa yg boleh dikongsi?Takde apa la kot.Aku gagahkan jugak masak rendang ayam, masak daging hitam dengan nasi impit.Tu je yg terlarat.Selebihnya, aku baring je.Mmg tak larat.Nak makan langsung lah.Suami plak, lepas balik solat raya...dia masuk keje.Tinggal lah aku dengan TV aku..hahah!Melayan TV sampai nak muntah.Suami ajak p beraya pon tak larat.So, terpaksa la tangguh smpai aku OK.Smpai skang ni, aku gagahkan jugak nak beraya.Sempat dah ler beraya ke sana sini, tapi, kena slow2...makan pon kena tgk2 jugak.Bukan sebarang aku buleh bedal.Semalam paling best.Beraya rumah kak fara...selera jugak aku mkn spegeti n mee kari.Walaupun tak banyak....tp, aku rasa tu dah ckup banyak utk aku.

Sedikit cerita psl kandungan aku:
1. Badan lemah2 ikut masa..terlampau lesu terutamanya belah ptg.
2. Makan kena memilih, nasi kureng sket nak telan
3. Loya dah main berkurang, tp selera still takde.
4. Pening pon takde smpai tahap kritikal...nangis2 manja sll la.haha!
5. Perut..takde perubahan lagi.
6. Malas nak kemas rumah.
7. Tengah malam mesti terbangun sbb terlampau lapar.
8. Kerap kencing.Ni yg paling aku takot...nak kena bgtau doktor jugak ni
9. Manja sgt..manja lah.hahha!
10. Sayur bayam n ikan masin gelama pembuka selera aku!!!!

Tu je update...

Friday, September 3, 2010

Rezeki Ramadan.

Penantian selama 1 tahun 3 bulan, akhirnya membawa berita gembira kepada kami suami isteri, keluarga dan teman. Syukur ke hadrat Illahi, dikurniakan permata yang tak ternilai kepada kami. Ya Allah..kami bersyukur.

Tak dapat aku bayangkan kegembiraan suami, bila dpt tahu aku pgnt.sebenonya dah lama aku rasa kelainan pada badan aku, dan selera yg tunggang terbalik.Period pon tak dtg hampir 3 minggu.So, pagi sahur lepas suami pergi ke KL...aku buat test sendiri dirumah.Sah...nmpk double line.CLEAR!ntah....aku takde perasaan apa2.kaget.blur2.hahahah!terus aku call suami.haruslah suami aku ala ala kontrol gembira sgt...hahah!n aku ckp, nak tunggu dia balik, baru p jumpe doc n sahkan.dan malam tadi...confirm, usia kandungan aku dah 7 weeks.lega, teruja, gembira, takot...macam2 perasaan skang ni. Suami lak gembira tak terkata...hahahah..nak jadi ayah la katakan...n dia punya caring mcm la aku dah sarat bebeno, dan aku berharap layanan seperti ini takkan berkurang hingga bila2.dan dari masa ke semasa ada je article dan info yg dia bawa/baca utk pengetahuan kami bakal ibu bapa yg baru ni.

Minggu depan plan nak p klinik kerajaan utk check up..myb kena buka buku.ntah, aku tak reti lagi...gtu la yg kwn2 ckp.Tp, mengenangkan kerja...rasanya tak sempat la nak buat..insyaAllah...aku kena cari jalan ni.

Aku tak tahu janin aku camne skang ni...hope dia sihat..Mama masih belajar sesuaikan diri dengan keadaan ini.Mama mual..loya..cpt penat...tp, Mama taknak manja2 kan diri..nnt, Mama malas...bila Mama malas..takot effect pada baby.

Ok..nak keluar cari keperluan raya..aku tak siap pebenda lagi ni.semangat raya pun, kureng sket..ni yg nak keluar cr semangat ni...yahuuuu!