Monday, June 27, 2011

Butter cheesecake dengan buah coctail

resepi ni dah lama perap kat meja dapo.hitung hari nak buat je.bahan2 pon teman dah lama beli.keluar masuk peti ais je.sume sebabkan takde masa nak menggodeh bahan2 kek.dengan Amani sket2 ek..ek...ek.bila malam je, mmg takleh nak buat apa la.kena layan dia aje.hahah!so, dengan sedikit usaha pagi tadi, dengan sedikit perasaan berdebara2,,,akhirnya berjaya jugak setelkan urusan 'kek' ni.hahah!
Teman ada baca blog kak ita ni..sangat2 teruja dengan segala mcm dlm blog tu. esp gaya penyediaan mknn kak ita.sgt kreatif!!!TERBAIK!thanks kak.saya CNP resepi ni yer..syukur...suami suka sgt.mak mertua pon puji.adik ipo pon diam2 je mkn..last2 abis..haha!
hasilnye :)


tadaaa

aniomey pon gembira Mama berjaya akhirnye..:))

Bahan2:

1 1/2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
200 gm buah peach (peach dlm tin, di toskan dan di potong dadu)
2 1/4 cawan tepung naik sendiri - yatie guna 2 1/4 cwn tpng gandum+1 sudu kecil b. powder, diayak (ita guna 2 1/4 cwn tepung kek)
250gm butter
250gm cream cheese
1/3 cawan susu segar
3 biji telur

Panaskan oven pada 160'c. Gris dan alas loyang (saya guna loyang 8 inci)
Pukul butter, gula dan esen vanilla hingga ringan dan lembut.
Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi. Masukkan cream cheese dan susu, pukul lagi. Masukkan tepung yg telah di ayak dan gaul sebati.
Masukkan sesenduk adunan ke dlm loyang yg di gris tadi dan ratakan.
Letakkan hirisan buah peach yg telah di potong dadu.
Lapiskan adunan tadi sesenduk lagi dan ratakan. Buatlah sehingga habis.
Setelah siap, bakar selama 50 minit atau sehingga masak.

Sunday, June 19, 2011

Muffin Banana Crumb

Actually dah lama tak membaking ni.Ni adalah percubaan pertama selepas bersalin.Walaupun time pantang pun, sempat lagi mencuba resepi2 baru(ngidam) dr Mak.
Untuk permulaan, semalam sempat buat muffin pisang utk kali kedua percubaan.Yakni, hari sabtu dah try dah godek2 bahan muffin dengan Mak mertua.so, outcome dia..ok la.sedap.Yang best, husband grab 2 bijik sekaligus.
Petitin cup dah beli, tp frust sbb beso sgt.nak masuk oven pon tak muat.Husband lak suh potong aje acuan tu kat kedai potong...ada ke!at last, guna acuan tart yg sebesar tapak tangan.Ha...beso amat kan.makan pon puas.
Ahad pula, aku sambung balik sbb crumb masih ada lg.Sambil menunggu tetamu nak mari tengoik Amani...sempat jugak aku siapkan.Bancuhannye mcm buat cekodok lah!

Ok..ni aku copy paste resepi dr forum.cari


resepi banana crumb muffin

1 1/2 cawan tepung gandum
1 st soda bokarbonat
1 st baking powder
1/2 st garam halus
3 biji pisang - dilecek
1 cawan gula (sue kurangkan)
1 bj telur dipukul sedikit
1/3 cawan mentega (dicairkan)

panaskan ketuhar pad asuhu 200 darjah.
dalam mangkuk besar, campurkan tepung, soda bikarbonat, baking powder dan garam. gaul rata.
dalam mangkuk berasingan, campurkan pisang, gula, telur dan mentega cair.
campurkan bahan basah ke dalam bahan kering dan gauk sebati shj. jgn terlalu lama.
sendukkan adunan ke dalam muffin cup.

bahan crumb:
1/3 cawan gula perang
2 sudu besar tepung gandum
1/8 st serbuk kayu manis
1 sudu besar mentega

campurkan gula, tepung dan serbuk kayu manis. Gaul rata.
then masukkan mentega dan ramas menggunakan hujung jari sehingga ia jadi berketul2 seperti serbuk roti.
Taburkan ke atas adunan muffin yg hendak dibakar.
Bakar dalam ketuhar selama 18-20 minit atau hingga masak.