Tuesday, August 31, 2010

Berpuasa d Tapah, beraya di CIQ..sedihnyee

salam ramadan kembali...alhamdulillah hari ni dah 22 ramadan yer.puasa pon masih penuh lagi ni.walaupun banyak gak 'cabarannya' utk beberapa ketika ni.insyaAllah, aku masih boleh bertahan lagi.lemah2 badan tu takde sgt, lemah berpuasa je lah.selera makan pulak kureng sket..kalau nak ikutkan, selera aku ni kuat tau.tp, utk kali ni, tak berapa jalan laa...walaupon aku rindu sgt nak makan masakkan mak, cuma yg terdaya utk aku telan ialah buah2an aje..tu je yg buat aku selera...sedangkan mak masak mcm2..separuh pon takkan dpt habis.

Aku n suami telah merancang berpuasa di Tapah disebabkan tahun ni tak balik raya.Alhamdulillah, dpt juga bercuti selama 4 hari. Berbuka dan shopping dengan family...mmg best.Tp, spt yg aku mention kan tadi...aku gagahkan juga utk bergerak...mujo tak pitam.Mana tak nya,siang tengahari kami berpanas kat GM Ipoh, keadaan kereta yg sesak, umat manusia yg berkoyan2..adoi, sesak napas aku nak cuci mata.Tp, dptlah grab wallet n telekung.jadi la, dr kempunan satu menda tak dpt.Mak pulak, elok je..mujo mak takde apa2.Abah tak ikut, sbb abah semput.Yg pergi, aku n suami,has,ya, zati, mak n keluarga Ajun. The day before, kami sempat berbuka puasa kat rumah Opah.Tak ramai yg ada,aku agak Mak Uda ada..tp, dah balik awal.yang ada makndak aje..yg lain korge aku.Habis la udang 4 kilo, dengan otak2 yg kami bw dr sini.Setel...

Yg lain2 dok bincang psl kenduri kawen has.Persiapan majlis dia so far dah 80%.Tinggal nak support skit2 je.

Hari ni, aku berbuka sorg2 je la.Suami kena meeting kat KL smpai Jumaat...pasrahnye aku.Dah le keadaan aku mcm ni.InsyaAllah, takde apa2...
Ok...nnt update lain

Wednesday, August 25, 2010

16 Ramadan 1451 h

Hari ni, ckup 16 hari umat islam berpuasa, termasuklah aku.Alhamdulillah, belum 'cuti' lagi.Hope boleh bertahan smpai akhir Ramadan. Sepatutnya 'dia' dah mai 13hb, ini bermakna dah lewat hampir 2 weeks.Takpalah, aku tunggu je 'dia' mai.Ehe

Puasa kali ni, nak kata menguji sangat tidak lah, mcm biasa je,sbb apa yg aku lalui adalah rutin biasa mcm bulan2 yg lain. Yang berbeza adalah kena bangun sahur, n 'layan' suami yg banyak kerenah dengan makann berbuka.Macam budak2.hahah!takpa la...selagi aku terdaya, aku akan memenuhi kehendak tekak dia. Suami pon paham keadaan aku ni, ada masa dia akan masak.Syukur...dia tak sgt nak susah2kan aku kalau aku kata letih atau malas...hahah!Al maklumlah, aku kuo opis pukul 5, smpai rumah dekat pukul 6.kdg2 singgah kedai belakang,cr barang dapo..sampai rumah mmg terpongkang la nak mengejokan sume keje.so far, aku belum tak penah tak sempat la msk.masak ala kadar, simple n sedap.kalau tekak rasa nak kuih muih, kena cari la kat bazar ramadan.tp, PARAM kat GP ni paling tak best lah. 1st day puasa, aku beli popia n kuih keria.Ya Allah, kenapa la diorg ni meniaga mcm ni. Tak sedap langsung, popia kurus keding, pucat.intinye ada la 2/3 lai toge je.Apa la peniaga mcm ni, nak meniaga sbbkan untung.Aku boikot!Sampai skang aku tak jejak dah kat situ.Itu sbb, aku rajin msk..bio la dengan air tangan kita pon.Janji pueh hati.Ish...ish...termengata lak.hahah!

Sepanjang bulan ni, tak banyak activiti kami.Jemputan utk berbuka puasa ada, tapi dekat hujung2 puasa nnt.Ntah la...kalau ada kesempatan aku p.Selain itu, baju raya, kasut raya(wah...keanak-anakkan sungguh!)...sume dah prepare sebelum puasa lagi.Kuih raya pon belom terfikir nak beli lagi.Tunggu saat2 akhir nnt lah.Sbb tahun ni, kami beraya di CIQ je.Adoi...leh ke menghindarkan tangisan akan meleleh nnt? :(

Tahun lepas, rajin jugak la aku pelawa kawan2 suami berbuka bersama.Tapi kali ni, aku tak daya la.Kalau boleh, nak tido je, nak baring je.Skang simptom malas mmg menguasai badan aku!!!

Yahoo...sabtu ni, kami sampai la ke Tapah.bercuti hingga hari merdeka.seronok ni.tak terkira seronok.hahah!seperti biasa, udang mesti kami bawak.otak2 pon dah oder.wahh..kencang la budak2 ni makan.

ok..tu je kesah ramadan ke 16 hr ni..sat ni nak kena prepare 5 s..esok nak kena audit..ok.