Thursday, December 23, 2010

@ 23 minggu

Sejak dah banyak minggu ni,banyak perubahan berlaku pada diri teman.Ehe..mcm2 lah..tak reti plak teman nak explain..yg best..ada officemate yg tak perasan teman tgh nandong...aisehhh..takpe...teman menten cun je ngan berbaju kurung(sambil kancing kain dibuka sedikit..ekekke).Ana, dah pon strt cuti, menunggu hari.Sunyi sket opis...dan mcm dah kekurangan mknn je sejak dia takde..hahah!(sll dia bw mknn:tart telor, kek, )sangap kami ni.hahah!

Preparation utk bby pon dah buat sikit2.Baju2, lampin dia dah beli.Ahad ni je nak beli keperluan lain.Banyak juga la yg belum disediakan.Apa2 pon kena tanye yg berpengalaman.Sbb takot membazir di kendian hari. Teman ngan Suami ada plan, nak BF je bby.Tak mo amik Formula milk...bila pk2 kan, amat berbaloi kalau BF, bajet boleh dikurangkan..lg pun susu ibu banyak kandungan khasiatnye kan. Ni la, dok survey pump yg sesuai.

Dengan kandungan yg dah 23 minggu ni, teman dah rasa pergerakkan bby.Mule2 tu terasa denyut2 kecil dan halus...seawal tu, teman tak perasan sgt.Sehingga sekarang, pergerakkan tu dah mula teman rasa, termasuk Ayahnya. Posisi badan kena betoi la kalau nak rasa tendangannya tu.Kalau mengiring, mmg tak berasa sgt.Teman kena baring terlentang sedikit(senget)..baru rasa kicking tu. Erm...hari2 Suami dok raba2 perut teman ni, berckp2 dengan bby.Kadang tu, tgh malam pon sempat dia ckp2 dengan perut ni. :)

Sepanjang bermalas nak update blog ni, banyak gak aktiviti yg dah teman buat.Paling best, Mak Abah, Family Kakde, Family Kak lang, dan Has laki bini dtg sini(buat pertama kali..waaa)Puas hati la spjg diorg kat sini.Rumah mmg penuh sgt2..dapo tak sempat nak kering...asyik masak je. Diorg pon paham ngan keadaan teman ni kan, so...bab2 masak2 ni, teman serahkan sume kat deme...syukur dpt kakak2 yg rajin membantu ni. Suami plak lagi la hepi..suke sgt melayan anak2 sedaranya..Lepas ni bulan 2 plak la jumpe diorg..insyaAllah..takde aral nak g Bukit Merah.

Lain 2 update...minggu bermalas telah menyerang kembali..tak kira dimana jua..opis n umah...sama je.hahhah!minggu ni je..langsung tak berasap dapo(deme kabo...mentang2 la dah bergaji!)..ok..smpai sini aje la..

Sunday, November 14, 2010

Malas lagi ke Mama-to-be ni?

Baca blog org lain, pandainye diorg mengarang...aku?FAIL!!ehe..takpala..aku nak rajin jugak mengarang lah..mcm diorg.Sejak mengandung ni, susah aku nak describe KEMALASAN aku ni.Kalau boleh, nak baring dan tidur.MAKAN pun boleh malas!!Teruk sgt kan.Ada satu2 masa2 tu, tengah2 malam, perut lapo ya amat, kalau huby ada, dia boleh bangun n buat smthg.etc:buat susu, dia boleh goreng sosej tgh2 malam tau!!lebiu lah abang!!! Tapi bila dia takde, time2 mcm tu, aku rela minum air masak aje! Sanggup berlapar.ish.ish.ish.

Situasi sekarang tak banyak beza, ada sikit la berubahnye.Tidak lah malas melampau, spt diawal trimester tu. Antaranya:

*Morning sicknes - Dah kurang, tp kalau silap makan, dia boleh dtg.
*Malas - Ok dah.Masak pon boleh dah
*Drive - Dah strt last week.Gagahkan juga, sbb kan byk faktor nak kena fikirkan esp bajet/minyak, kesian kat huby.
*Maternity Check up - ayo...ni yg malas nak pergi, sbbkan kantoi MGTT test, maka tiap2 bulan aku kena buat BSP Test. Penat woo

Erm, smlm ada p Persada Johor, plan nak cari barangan baby.Sungguh2 pegi pagi2 lagi.Ehe...malangnya takde satu pon yg dibeli, sebabnya takde dijual pon.Akhirnya, yang TERbeli bantal kekabu, cadar..tu je la..ehe..eh...tgh murah tu, rugi tak rembat. Dan malam tadi, lena bebeno tido, dengan hujan, sejuk2 best, dpt plak tido dengan bantal baru, tengkuk pon tak sakit dah.

Esok, balik Mersing. Beraya Haji disana.Tapi tido smlm aje.Khamis ada talk pasal penjagaan pemakanan kat Hosp Sultanah Aminah. Gagahkan diri!!!!

Monday, October 18, 2010

Lama tak jenguk blog

Lama sungguh tak jenguk blog ni. Banyak juga aktiviti lepas raya ni, esp dengan kerja yang menimbun, dan keadaan diri yg uzur ni.Alhamdulillah, walau apa pun, aku harunginye juga dengan happy, dan syukur.Hubby banyak tolong n bg moral support. Arini dah genap 14 minggu usia bby dlm tummy ni,tp, Mama still mabuk2 lagi, takde selera makan,pening2 dan lemah2 badan.
Sepanjang perjalanan minggu kandungan ni, berat badan menten, tak naik dan turun,tekanan darah pun ok, alhamdulillah, MGTT dah pun buat.result?takde diebetes kot..

Spjg 14 minggu ni, Mama:
1-Masih kurang berselera makan..esp nasi
2-strt week 13, Mama dah muntah2 :(
3-suka makan jajan, roti canai-tu pembangkit selera
4-tummy mama lom beso lagi.ehee...tp, Yayah sll usap perut Mama.
5-Belum terdaya nak masak.Nasib baik Yayah ada, sll buatkan Mama susu n cuci toilet.ekekek
6-ptg till mlm...mood Mama tonggang terbalik.
7-Mama dah strt pakai maternity suit.comel2 la sgt.

harini sepatutnye ada 3rd apt dengan klinik desa tiram duku, tp terpaksa tangguh sbb aku malas nak amik cuti/mc/time slip..sbb minggu lepas dah seminggu lebih aku bercuti,segan la pulak.ehee

Berbalik pada cuti aku yang panjang minggu lepas.Setel sume urusan kahwin has n shah.dlm keadaan aku yg uzur ni,buleh jugak aku turun padang.Malas nak ikutkn sgt, nnt jadi malas.Walaupun kenduri pakai katering, tp sebelah malam nye tu, ada kenduri utk aqiqah Ahmad Kamil.Agak penat jugak la..nak kena masak dan kemas segalanya.Pe2 pon, plan kami tak p kenduri belah banting, akhirnya tak jd.Kami pergi jugak...rugi woo...sbb Yeop dah janji nak belanja makan beso..ehehhe.pe2 pon selesai dah majlis, tinggal la mak abah berdua di kampung.ish...sedih.

Thursday, September 16, 2010

Selamat Hari Raya 2010

Selamat hari raya

Raya tahun ni sepatutnya di rumah mertua aku kat Mersing.Tp, disbbkan turn suami keje...maka kami beraya je la kat CIQ.Best ke dak beraya tanpa ada korge, sedara mara???sj je nak try test..kuat tak perasaan ni menghadapinye?Hahaha...meraung aku ptg raya semasa buat call ke Sungkai.Menangis sampai terkata2.Hanya dpt sebut.."Mak...anin mintak maap...blur..blur..blur.."tak leh nak ckp apa dah...tersekat2 nahan tangis.Hahah.Nasib baik Mak cool je dan dia paham keadaan kami, and sbb tak balik.Bukannya kami enjoy pon kat sini.Sebabkan hubby keje...bukan kami bersuke2 nak raya sendiri kat sini (hanya makluman pada yg tak mengerti).

Alhamdulillah...tahun ni, aku berjaya 'ponteng' 2 hari puasa.Sebabkan terlampau kepenatan, dan lesu...even aku berbuka pon aku tak lalu nak telan mknn.Macam tak percaya je apa yang aku tempuh ni.4 hari sebelum hari raya, aku dah p Klinik Desa Tiram Duku, utk buat penesahan kehamilan dan buka buku.Kami main redah je..sbb tak tahu pon bila masa untuk ibu2 mengandung.Dan secara kebetulan lah..mmg hari tu hari ibu2 mengandung.Dan bernasib baik juga la, sbb tak ramai.Aku tak sangka plak cpt betul dah boleh buka buku.Ingatkan tunngu 13 weeks baru boleh.Rupe2 aku di kalangan yg berisiko sbb aku overweight.Sbb tu, nurse buat appoinmnt selepas hari ni(22/09).Aku tak tahu pertemuan tu camne.tak reti lagi.hahah.Owh..EDD aku 20/4/2011...sama mcm birthday Mama!Ehe...tu baru expecting je kan.OK...lepas selesai check up dengan bidan...aku n hubby decide nak shopping sket.Maka...aku MC utk hari ke dua selepas smlmnya aku amik half day.
Esok plak...again,shopping, khamis pon shopping...hahahah!tu je le keje kami.Bukan beli apa sgt..saja nak cuci mata.

Raya...erm...apa yg boleh dikongsi?Takde apa la kot.Aku gagahkan jugak masak rendang ayam, masak daging hitam dengan nasi impit.Tu je yg terlarat.Selebihnya, aku baring je.Mmg tak larat.Nak makan langsung lah.Suami plak, lepas balik solat raya...dia masuk keje.Tinggal lah aku dengan TV aku..hahah!Melayan TV sampai nak muntah.Suami ajak p beraya pon tak larat.So, terpaksa la tangguh smpai aku OK.Smpai skang ni, aku gagahkan jugak nak beraya.Sempat dah ler beraya ke sana sini, tapi, kena slow2...makan pon kena tgk2 jugak.Bukan sebarang aku buleh bedal.Semalam paling best.Beraya rumah kak fara...selera jugak aku mkn spegeti n mee kari.Walaupun tak banyak....tp, aku rasa tu dah ckup banyak utk aku.

Sedikit cerita psl kandungan aku:
1. Badan lemah2 ikut masa..terlampau lesu terutamanya belah ptg.
2. Makan kena memilih, nasi kureng sket nak telan
3. Loya dah main berkurang, tp selera still takde.
4. Pening pon takde smpai tahap kritikal...nangis2 manja sll la.haha!
5. Perut..takde perubahan lagi.
6. Malas nak kemas rumah.
7. Tengah malam mesti terbangun sbb terlampau lapar.
8. Kerap kencing.Ni yg paling aku takot...nak kena bgtau doktor jugak ni
9. Manja sgt..manja lah.hahha!
10. Sayur bayam n ikan masin gelama pembuka selera aku!!!!

Tu je update...

Friday, September 3, 2010

Rezeki Ramadan.

Penantian selama 1 tahun 3 bulan, akhirnya membawa berita gembira kepada kami suami isteri, keluarga dan teman. Syukur ke hadrat Illahi, dikurniakan permata yang tak ternilai kepada kami. Ya Allah..kami bersyukur.

Tak dapat aku bayangkan kegembiraan suami, bila dpt tahu aku pgnt.sebenonya dah lama aku rasa kelainan pada badan aku, dan selera yg tunggang terbalik.Period pon tak dtg hampir 3 minggu.So, pagi sahur lepas suami pergi ke KL...aku buat test sendiri dirumah.Sah...nmpk double line.CLEAR!ntah....aku takde perasaan apa2.kaget.blur2.hahahah!terus aku call suami.haruslah suami aku ala ala kontrol gembira sgt...hahah!n aku ckp, nak tunggu dia balik, baru p jumpe doc n sahkan.dan malam tadi...confirm, usia kandungan aku dah 7 weeks.lega, teruja, gembira, takot...macam2 perasaan skang ni. Suami lak gembira tak terkata...hahahah..nak jadi ayah la katakan...n dia punya caring mcm la aku dah sarat bebeno, dan aku berharap layanan seperti ini takkan berkurang hingga bila2.dan dari masa ke semasa ada je article dan info yg dia bawa/baca utk pengetahuan kami bakal ibu bapa yg baru ni.

Minggu depan plan nak p klinik kerajaan utk check up..myb kena buka buku.ntah, aku tak reti lagi...gtu la yg kwn2 ckp.Tp, mengenangkan kerja...rasanya tak sempat la nak buat..insyaAllah...aku kena cari jalan ni.

Aku tak tahu janin aku camne skang ni...hope dia sihat..Mama masih belajar sesuaikan diri dengan keadaan ini.Mama mual..loya..cpt penat...tp, Mama taknak manja2 kan diri..nnt, Mama malas...bila Mama malas..takot effect pada baby.

Ok..nak keluar cari keperluan raya..aku tak siap pebenda lagi ni.semangat raya pun, kureng sket..ni yg nak keluar cr semangat ni...yahuuuu!

Tuesday, August 31, 2010

Berpuasa d Tapah, beraya di CIQ..sedihnyee

salam ramadan kembali...alhamdulillah hari ni dah 22 ramadan yer.puasa pon masih penuh lagi ni.walaupun banyak gak 'cabarannya' utk beberapa ketika ni.insyaAllah, aku masih boleh bertahan lagi.lemah2 badan tu takde sgt, lemah berpuasa je lah.selera makan pulak kureng sket..kalau nak ikutkan, selera aku ni kuat tau.tp, utk kali ni, tak berapa jalan laa...walaupon aku rindu sgt nak makan masakkan mak, cuma yg terdaya utk aku telan ialah buah2an aje..tu je yg buat aku selera...sedangkan mak masak mcm2..separuh pon takkan dpt habis.

Aku n suami telah merancang berpuasa di Tapah disebabkan tahun ni tak balik raya.Alhamdulillah, dpt juga bercuti selama 4 hari. Berbuka dan shopping dengan family...mmg best.Tp, spt yg aku mention kan tadi...aku gagahkan juga utk bergerak...mujo tak pitam.Mana tak nya,siang tengahari kami berpanas kat GM Ipoh, keadaan kereta yg sesak, umat manusia yg berkoyan2..adoi, sesak napas aku nak cuci mata.Tp, dptlah grab wallet n telekung.jadi la, dr kempunan satu menda tak dpt.Mak pulak, elok je..mujo mak takde apa2.Abah tak ikut, sbb abah semput.Yg pergi, aku n suami,has,ya, zati, mak n keluarga Ajun. The day before, kami sempat berbuka puasa kat rumah Opah.Tak ramai yg ada,aku agak Mak Uda ada..tp, dah balik awal.yang ada makndak aje..yg lain korge aku.Habis la udang 4 kilo, dengan otak2 yg kami bw dr sini.Setel...

Yg lain2 dok bincang psl kenduri kawen has.Persiapan majlis dia so far dah 80%.Tinggal nak support skit2 je.

Hari ni, aku berbuka sorg2 je la.Suami kena meeting kat KL smpai Jumaat...pasrahnye aku.Dah le keadaan aku mcm ni.InsyaAllah, takde apa2...
Ok...nnt update lain

Wednesday, August 25, 2010

16 Ramadan 1451 h

Hari ni, ckup 16 hari umat islam berpuasa, termasuklah aku.Alhamdulillah, belum 'cuti' lagi.Hope boleh bertahan smpai akhir Ramadan. Sepatutnya 'dia' dah mai 13hb, ini bermakna dah lewat hampir 2 weeks.Takpalah, aku tunggu je 'dia' mai.Ehe

Puasa kali ni, nak kata menguji sangat tidak lah, mcm biasa je,sbb apa yg aku lalui adalah rutin biasa mcm bulan2 yg lain. Yang berbeza adalah kena bangun sahur, n 'layan' suami yg banyak kerenah dengan makann berbuka.Macam budak2.hahah!takpa la...selagi aku terdaya, aku akan memenuhi kehendak tekak dia. Suami pon paham keadaan aku ni, ada masa dia akan masak.Syukur...dia tak sgt nak susah2kan aku kalau aku kata letih atau malas...hahah!Al maklumlah, aku kuo opis pukul 5, smpai rumah dekat pukul 6.kdg2 singgah kedai belakang,cr barang dapo..sampai rumah mmg terpongkang la nak mengejokan sume keje.so far, aku belum tak penah tak sempat la msk.masak ala kadar, simple n sedap.kalau tekak rasa nak kuih muih, kena cari la kat bazar ramadan.tp, PARAM kat GP ni paling tak best lah. 1st day puasa, aku beli popia n kuih keria.Ya Allah, kenapa la diorg ni meniaga mcm ni. Tak sedap langsung, popia kurus keding, pucat.intinye ada la 2/3 lai toge je.Apa la peniaga mcm ni, nak meniaga sbbkan untung.Aku boikot!Sampai skang aku tak jejak dah kat situ.Itu sbb, aku rajin msk..bio la dengan air tangan kita pon.Janji pueh hati.Ish...ish...termengata lak.hahah!

Sepanjang bulan ni, tak banyak activiti kami.Jemputan utk berbuka puasa ada, tapi dekat hujung2 puasa nnt.Ntah la...kalau ada kesempatan aku p.Selain itu, baju raya, kasut raya(wah...keanak-anakkan sungguh!)...sume dah prepare sebelum puasa lagi.Kuih raya pon belom terfikir nak beli lagi.Tunggu saat2 akhir nnt lah.Sbb tahun ni, kami beraya di CIQ je.Adoi...leh ke menghindarkan tangisan akan meleleh nnt? :(

Tahun lepas, rajin jugak la aku pelawa kawan2 suami berbuka bersama.Tapi kali ni, aku tak daya la.Kalau boleh, nak tido je, nak baring je.Skang simptom malas mmg menguasai badan aku!!!

Yahoo...sabtu ni, kami sampai la ke Tapah.bercuti hingga hari merdeka.seronok ni.tak terkira seronok.hahah!seperti biasa, udang mesti kami bawak.otak2 pon dah oder.wahh..kencang la budak2 ni makan.

ok..tu je kesah ramadan ke 16 hr ni..sat ni nak kena prepare 5 s..esok nak kena audit..ok.

Saturday, July 31, 2010

Cheese Tart

Lama punya entry ni.first time buat cheese tart...betul menjadi.Seronok sgt!Acu tart plak gedabak beso...suami la yg cr kan hok kecit sket.Resepi amik kat forum cari.utk filing lak buat sendiri je..ehee.

Doh yg siap.uli2 time

Nak masuk oven

Casing yg dah siap.Tak abiskan semua.1/2 simpan..boleh letak filling lain.


Selepas letak cheese.N perasa stroberi

Siap akhirnya. 5 star!!!

Lenguh2 pinggang

Erm..hari ni dan smlm badan tak sedap2.Lenguh pinggang, pedih perut...tak tahu apa sbb.Tapi..evryday aku amik susu anelene.Aku ngan tidak teragak2 nak menyalahkan kusi kat opis tu...n hari ni plak...badan plak terasa tak sedap.hidung pon ada simptom2 nak selsema.lelangit pon sakit.adeh..Sebenarnya, sakit pinggang dah lama, about a week jugak.Tapi belum kronik lagi la..n mmg tak selesa langsung!!!Pakai high heel pon dah mcm org mabuk.eheee...
2/3 minggu ni plak aku dah full time bw kereta.Suami plak g koje naik moto.Mujo opis dia depan mata.So, kalau kami teringin sgt nak bfast..sanggup suami aku pergi balik utk bfast ngan aku.ehee..So, hari ni punya aktiviti sepatutnya nak tgk kejohanan ragbi kat dataran bandaraya.Tapi...suami melingkup lepas pekena nasi lemak.Huh...sia2 je punya planning!Last2 aku pon join suami aku tdo.Ehee..
Adala...aku rajin sket...buat filling untuk bil2 kat rumah ni.Hutang piutang filling belaka.N membukukan resepi2 aku yg bersepah.Ada resepi bertahun2 jugak.Skang dah berkumpul...cuma nak buat elok2 sket.Ptg smlm plak, our dinner is sup ayam pasta.Resepi cilok kat majalah rasa.mmg absolutely sedap, terangkat!!!Abis...licin...ehee

Wednesday, July 28, 2010

Ramadhan datang lagi :)

Kali kedua berpuasa bersama suami tercinta.InsyaAllah..syukur.
Preparation kami utk menyambut bulan yg berkat ini adalah.
-beli kurma..ekeke..ada ke situ plak..tp, ..seriously...yusuf tayyub dah ada kat umah tu..tp, mcm hari2 berkurang aje..hahha!
-amal ibadat..syukur, sejak dua menjak ni,kami rajin solat bersama.saling bantu antara satu sama lain, membaiki bacaan masing2..hahah..last night, siap refresh lagi niat puasa n doa buka puasa..ehee..but, its fun..kdg2 aku ni bukan betul sgt..suami ingatkan.
-insyaAllah...nak merajin2 kan diri ke masjid untuk solat terawih.yelah...masjid sejengkal je ngan rumah.ralat sangat kalau tak pegi.
-menu2 ramadhan, pastinye yg best2..haha!kalau terlarat..aku buat..kalau tak..msk simple2 aje.

Online Shopping

Lately, 2/3 jenis barang aku beli tru online.Alhamdulillah..sumenya aku puas hati.Setengah org kurang yakin untuk membuat belian melalui online, but for me its fun,kurgkan ms utk tunggu keluar, cr parking, beloh survey harga dan barang(blogging walk).So far, aku belom kena tipu lagi..hope jgn la..mintak jauh.Pernah dulu beli cadar, cadar dan cadar..ekekek...yg lain2 product DCL..skang dah stop(?)(maybe)

Bulan ni, aku dah beli beberapa helai tdung ikin, kualiti tudung sgt OK.sgt murah.n dats y aku rembat hingga 4 helai.Melaram seminggu aku ngan tudung2 tu..ehe.Next one, aku beli serbuk kurma(esp for kesuburan)..jenuh jugak nak jumpe, at last Hani bgtau, one blog yg jual benda ni.Ikhtiar aku untuk dpt zuriat sendiri.Amin. Today, i made another payment for Amway product.eheheh...studying the products about a month,finally baru nak beli..hahah..ok la..we should know the product first...baru la yakin boleh beli.Survey...jln2 kat forum n blog,tnye forumer yg dah try...so, aku decide(stlh discuss ngan hubby) nak try Manuka Honey, and tropical herbs(for women).myb, next month i'll try another product esp for Bulan Puasa.Haruslah untuk tenaga sepanjang hari sepanjang bulan ramadhan.

Ehe..nak shopping lagi ni..

Wednesday, July 21, 2010

Aku rindukan kehadirannya

Sunyi, sepi tanpa kehadiran bayi sendiri kan? Tertekan dengan keadaan sekeliling, aku jadi cemburu. aku jadi sakit hati. tp, itu bukan aku.bukan makndak!!!!
Sepanjang bulan ini aje, saban minggu aku dpt berita gembira dr kwn2.ada yang dah 3 minggu, 13 minggu,nak bersalin ada...remuuuk sgt hati ni.remuk.cemburu!
Ya Allah.berkan kami kekuatan, tunjukkan jalan, petunjuk utk kami memiliki zuriat kami sendiri.

Makndak tak mengalah.Makndak tetap berdoa dan berusaha.

Tuesday, June 29, 2010

Roti Jala


Entry ni dah lama sebenonye. Kan aku rajin memblog hari...so..takde hal nak menepek2 gambo yang dah ada dlm hard disk opis ni.
Ni resepi mak mertua aku.dia yang bancuhkan. Tapi, mmg sng sgt.Agak2 je...ckup adunan je, ckup pekat, ckup cair...jadi la jalanye :P
Kami makan dengan kari dgg..yang nyatanye...aku mmg pandai menjala...yey...yey!!

Sup Ikan Merah

Teruja dengan sup Kak Lin. :P
Hok ni mujo dpt kepala aje. Sedap makan dengan sambal kicap.

Patin tempoyak

Ehe...hari ni aku meroyan dlm blog.
saksikanlah patin masak tempoyak kegemaran ramai.Thanks Faizal Perikanan..Jauh dia bawok patin ni dr Temerloh.Macey memenuhi impian patin ku..heee

Aku sorg je yang makan.HUbi tak berminat :(

Cream Puff

Teruja tgk cream puff kak zira, aku pon nak try jugak. Suami plak berkali2 ckp, amik resepi kat kak zira..ehee...suka la tu.i know..if my hubby beria2 mcm tu, means dia suka sgt2.
Last nite, aku try juga, utk kali yg keberapa ntah..sume resepi lain2. But, dis rcpy sgt simple.That's y la aku nak try. Kak zira, punya cream puff punya la...menggiurkan...mana boleh jadi...ehee..
Ini la hasilnya. 1st batch mmg tak menjadi, sbb aku ni gelojoh sgt. CP tak masak lagi, aku dah keluarkan.ish..ish...
2nd batch, aku bakar lebih kurang 1/2 hr.dengan api bawah. pergh...kembang comei..hepy sgt.
Tapi, for cream custard tak cantik sgt.Rase mmg dah sedap!.Belajar dr kesilapan la kan.
Nxt time nak try lagi...hok 2nd batch sume masuk mulut aku. 1st batch...nak bag hubbi makan lah...hahahahh!!!!

Holiday @ Port Klang, Kelana Jaya n Salak Tinggi

Another vacation! This time, weols (aku ngan suami je ler) cuti2 di port klang, kelana jaya n salak tinggi. The reason is, nak jumpe sedara mara.gathering dengan kawan2 yg lama tak bersua muka..tp, hari2 bermuke2(facebook la tu..ihik).Cuti yang ada kami habiskan sebaik mungkin.3 hari memang tak ckup.banyak invitation dr kwn2 lama terpaksa aku tolak.sori geng.Tp,jemputan ke rumah Nana tak dilepaskan, lagipun kami dah plan lama, since dia(Nana) tahu aku nak ke sana. :P
Kali ni, aku tido umah Yeop n Ngah.Haruslaaa...mereka kan abg2 aku..ehe...wpon huda mengajak tidur rumah dia pada awalnya.

Port Klang..
Biasa la, anak2 Yeop..tak dpt spent time sgt...coz diorg sekolah, n malam pon ada class music.Yang ada pon, Bibik ngan Cecebi.Jadi la...diorg pon dah kecoh. Layan cecebi pun dah ckup memenatkan.tapi hepy n dpt lepaskan rindu pada dia.
Belah malam plak...aku n suami konon nak g tempat dating sll kami p. Jalan2, shopping sket2, n candle light dinner la konon2 :P . But, tersgt la best...romantik gitu. Tak sangka plak, table tu ada lilin...pe lagi...kami pon feeling2 romantik dan berkasih syg gtu...huhuu..
Cecebi n 'kaki' Makndak

Candle light dinner di'sini'

Kelana Jaya...
Esoknye, berangkat ke rumah Nana, selepas amik Abuya. Tup2, laki mak nak tukar tayar plak.Terpaksa menunggu hampir 2 jam.Nasib baik mood OK.tp, cuaca sgt panas, n menahan lapar. Sampai rumah Nana pon hampir pukul 2.Sekejap je dpt gosip2 ngan diorg..sbbnye, Yeop dah pesan balik b4 asar sbb nak serbu rumah Ngah plak.Thanks to Nana, Sue, Atie, Huda, Man, Asri, n Izmah...susah2 je..Next time, kak nim mai lagi k...
Salak Tinggi..
Smpai rumah Ngah pon dekat 660pm.Perut masing2 simpan utk mkn kat rumah ngah.Masing2 dah tahu, kat sana, kak zira mesti masak sedap2.ehee..
Sampai je, tak hengat dunia...sume serbu meja makan.Mmg marvelous la menu ptg tu. Stew tulang lembu, french loaf, cream puff, waa...masih teringat2 lagi ni...
Belah malam plak..Ngah mmg dah standby BBq, pasta...nak makan sambil tengok world cup.Adoi...masa ni...mmg dah full.Tapi, sbbkan ngah bersungguh2...aku telan jugak.Ehe..
Family Yoep balik lepas isyak...sbb, Yeop nak p China lak pastu..hurm...kejap je dpt jumpe Cecebi..rindu balik...
Kami tido semalam je kat rumah Ngah...jadila..lepas rindu kat sume ahli korge. Pagi ahad lepas hantar Ya..kami gerak ke Nilai 3..shopping serba sedikit.
Smpai JB pun dekat pukul 7 malam...letih...tp, best!

Sunday, June 6, 2010

Jadi org dapo

Smlm malam baru teman balik dr Mersing.Menghadiri kawen Aju.Rumusannye skang adalah, aku tersgt penat dengan kerja2 kawen ni.Kawen aku pon tak penat mcm ni. Dan dengan pertama kalinye aku kena masak untuk hidang pengantin, dan makan kenduri. Wah...sgt bagus kan.Buat pertama kalinye aku diberikan penghormatan(penghormatan ke saja nak dera aku?waaaa).

Untuk hidangan pengantin, aku dan Ucu sediakan kerapu sweet sour, dgg salai black paper, hati masak kicap. Sebelum itu, nenek dan anjang minta aku sediakan ayam masak rendang kicap.Diorg ckp, sedap sgt masa makan kenduri tunang aku dulu.So, aku kena recall balik apa bahan2 nak kena letak.At last, aku ngaku je la depan nenek, aku mmg tak ingat dan tak penah buat. Mujo nenek tak kesah, dia ckp, belasah je la...asalkan sedap. Aku nekad je masak.Lantak p la..mujo berjaya.ihik.

Sepanjang majlis rewang, kenduri, aku, muni adam dan mus hanya menjadi org dapo aje.takde masa nak melawa, takde masa nak bergambo ngan pengantin.penat jgn cerita la.maklum la, korge belah suami aku ni kecik.nak tak nak, pusing punya pusing pon, akhirnye kami jugak kena handle.takpa...masa aku kawen pon deme jugak menolong.so ada give n take.

Dan hari ni, sakit2 badan mula melanda...waaa...abang..lekeh le balik.

Thursday, June 3, 2010

Setahun

::Anniversary::
Lamanya tak update blog ni.Hurm..aku kah bz?atau sengaja bz?atau malas?ntahla..sejak bekerja ni,malas la nak update blog.nak pandang komputer mcm nak muntah.
Tapi, kali ni ada semangat sket nak update.Banyak peristiwa berlaku dlm 2/3 bulan ni.Aku dan suami ke sana sini.Setel kan itu ini.Buat itu ini.Beli itu ini.
The most memorable part is our 1st Anniversary on 30th Mei.Alhamdulillah.Apa yang aku dan suami lalui sepanjang perjalanan kami membina rumahtangga ni, kami harunginye dengan penuh cabaran,sabar, gembira dan duka.Apa yg pasti kami sentiasa memohon kehadrat Ilahi, supaya merahmati dan memberkati perkahwinan kami. Dalam masa yang sama, kasih, sayang dan cinta kami semakin mekar.Alhamdulillah.Syukur Ya Allah. Cume rezeki untuk memiliki zuriat sendiri belum tertunai...insyaAllah.Allah Maha Mengetahui.
Anniversary kali ni kami sambut di Melaka...dokek2 yo..ehee..



::Kereta::
Wahaa..setelah berkurun menyimpan lesen kete ni, akhirnya digunakan jugak.Atas sebab suami kena pegi Kelantan, nak tak nak aku kena drive sendiri ke Space. Sebenonye dah lama dah bawak, tapi just area kompleks sahaja. Aku penuh konfiden mmg nak bawa kereta..tp, sebabkan suami sll sgt nak pakai kereta..tak merasa la aku. Nak beli kete lain?Tunggu aku jadik dekan dulu la.
Pergh...neves jangan cerita la.Menggeleto smpai sudah,pucat lesi, hilang selera makan.haha...tu penangan bawak kete. So far,OK la aku bwak.Tak langgar kete org pon...ihik.

::Suami bersukan ke bersukaria?::
Dua2 sekali la tu, bersukan dan bersukaria.Tinggal la daku sendirian,melayan blues sepanjang masa.Tak syok la dia tak de.Takde geng nak gaduh,tak de nak membebel, takde geng nak merajuk, dan takde la dpt manja..waaaaa...abg...balik nnt belikan syg kain sutera 5 helai ek...ekekek

::Kakde g Sabah::
Kakde kena posting koje ke sabah atas kenaikan pangkatnye. Serba salah dia,anak2 mcmana?suami?...adoiii...aku lak pening. N paling terkejut, dia nak bawa mak dan abah ke sana??..what the hek la kakde...!

k la...chow...ngantok

Monday, April 19, 2010

Apam Inti Kelapa



Wah, setelah sekian lama tak memblog, maka hari ni berasa teringin nak memblog. Mujo umah teman tak bersawang,kalau tak jenuh la nak membersihkannye.

Pe2 pon, teman kali ni nak meletakkan resepi apam inti kelapa idaman teman sejak seminggu lepas.Bak kata org dulu2.pucuk dicita ulam mendatang. Bahan2 sume udah ada.Cuma nak implement je belum sempat. Ate, ptg ahad nan cerah lepas, teman surf2.Terjumpa resepi dr Blog Kak Hana(as usual)..dia mcm tau2 je teman ni teringin bebeno apam inti kelapa. Asalnye, teman kempunan sgt, sbb kan minggu lepeh, teman ada bengkel kat UTM.deme hidangkan apam inti kelapa. Teman ni amik la seketoi, ingatkan tak best..rupe2nye, kemain sedap...sehingga teman mengambil 2 biji lagi dengan perasaan tak malunye. Mujo dpt, kalau tak terbayang2 la jawapnye.

Dengan perasaan berkobar2, teman bersama laki teman, berdesup mencari bhn2 yg tak ckup. Ngok..ngok..ngok..ngek...akhirnya siap sumenye lepas jam 8.Amat mudah dan simple.Sedap tu jgn citer la...mmg teman mengakuinye.

jom cek it out.teman sungguh teruje

Thursday, March 18, 2010

Alhamdulillah..Syukur

Hari yang sama kami menerima berita baik. Khamis lepas, Abg dengan kenaikan pangkatnye. dan hari ni, aku pulak menerima berita gembira. Syukur Ya Allah.

Bermula isnin ni aku strt koje di SPACE UTM. Alhamdulillah.

Tuesday, March 16, 2010

Kek Marble Lagi



Yiipie...diatas permintaan Abg, teman sekali lagi buatkan kek ni. Alhamdulillah, kali ni menjadi lagi.Masih menggunakan resepi yang sama. Cume teman kurangkan gula aje.Sudahnye, kek jadi kurang manis lak. Tula menderhaka pada resepi..kan dah 'kureng'.

~kakde pesan, kurangkan pengambilan warna dlm mskkan.

Menu Malas

Menu kala malas, kadang2 jadi sedap dan jarang tak habis. Biasanya teman akan buat sikit, n makan utk dinner. Jarang dah nak makan berat2 bila malam. Abg lak, sepanjang minggu ni asik keje ptg, so..nak elakkan dia mengantuk ketika kerja, teman wat menu simple, sllnye buat lempeng, cekodok, atau spegeti (dah itu yg dia minat :)

Menu semalam, Tepek dengan Kari Sardin.

Dua hari lepas teman buat Udang Masala Bukhary. Simple aje rupenye. Sedap sgt. Teman takot2 nak makan udang sebeno nye.At last, 'terambik' jugak sbbnye sgt2 teringin. Wow..seronok sgt dpt makan, even seketul aje.Ingat nak belasah lagi 2/3 ketul, Abg lak tegur..kang muntah lak. Teman pasrah...uhuk

Wednesday, March 10, 2010

Alhamdulillah...Kejayaan Abg, Kebanggan Syg

Syukur teramat sgt. Hari ni banyak menerima berita gembira terutamanya dari Abg. Setelah setahun menunggu, akhirnya hari ini, abg berjaya menerima perlantikan pangkatnya. Syukur..

Kepada Abg, dah naik pangkat ni, jangan lupe org bwh,dan jngn sll meninggi diri, Ingat Allah, ingat keluarga.

Harap kejayaan abg ni, menjadi pemangkin untuk diri sayang untuk lebih maju seperti abg!

~~tunggu result UTM jugak ni...hrp ada rezeki

Tuesday, March 9, 2010

Interview yang memenatkan

Panggilan interview spttnye strt pukul 2 ptg.teman ni dengan gigihnye p la awal setengah jam.tunggu punye tunggu.last2 strt kl 3.30.omak aii...dr nerves tak tentu hala, jadi mengantuk lak.dah le mengantuk, kehausan yang teramat sgt. ada la lebih kurang sejam dalam bilik intvw dengan 4 org panel. skang, aku tawakal aje ler..cadidates yg lain2 pon hebat2 belaka,mcm teman nim pengalaman dlm bidang IT ni amatlah cetek. so, teman tawakal aje ler..kalau dpt, itu namanye rezeki. Amin..

**frust abg abiskan cendol tadi..n tak sempat nak tapau balik, coz Aci tu dah tutup kedai... :(

Thursday, March 4, 2010

Marble Cake Coklat

Dah siap masuk dlm tupperware.nak bg Acik Lie.


Yey...bestnye...akhirnye berjaya jugak menyiapkan kek marble, stlh bertungkus lumus aku mencari resepi yg betul2 berkenan dengan tekak ni. Alhamdulillah.Thanks Kacip dr FnR Forum.cari.

Gigih sungguh aku menyiapkan malam tadi.strt kul 1130pm (ni kes tak leh tdo la).Siap dlm kul 1am. Mujo Abg tak tau...kalau dia tau...mau dia suruh tak payah tdo..hahah

Nak buat post mortem sket.
-rasa terlalu manis, kena kurangkan sikit
-adunan pekat sgt, susah nak marble
-kek tang menimbun naik.tenggelam kat tengah2

Btw, kek ni best sgt:
Lembut, moist(terutama tang coklat tu), cair dimulut :) ..pe lagi ek..
harus mencuba nye sekali lagi

Meh cek it out

Sunday, February 28, 2010

Rendang Daging


ni menu smlm,aku kekeringan idea nak masak apa. akhirnya, abg mintak rendang daging nak makan dengan nasi impit. lewat sikit makan, lebih kurang pukul 330.perot mmg tengah goyang inul lah.ku tahan jugak, sbb nak pekena rendang punya pasal.lama jugak tak makan.last raya kot...yeke...ihik.

Bahan2(main agak2 mengikut bp byk dgg yg nak)

Daging - hiris halus2

Sebiji kelapa parut
2 stgh sudu kerisik

Bahan kisar:
10-15 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
2 ulas bawang merah
2 inci lengkuas
1 batang serai
sedikit belacan

Cara2:
Canpurkan daging dengan bahan2 yang dikisar. Biarkan seketika hingga menggelegak. Masukkan santan. Tunggu seketika. Kemudian masukkan kerisik, dan garam secukup rasa.
Biarkan, hingga daging empuk dan kuah menjadi pekat. Last sekali masukkan asam keping dan hirisan daun kunyit. Tunggu hingga betul2 masak dan tutup api.
boleh dah makan.

Suami Ops di Perlis

Walahwei...sendu daku sorg2 kat umah ni. Abg kena outstation ke Perlis selama seminggu, hingga 7hb.omak aiii...pe aku nak buat ni. bosan tahap apa tak tau nak kabo. len la ada adik bradik dekat2 sini,sume nye jauh2 belaka.harap kwn2 dekat je.

hari ni pepagi lagi aku siapkan abg nasi lemak, smbil dia berkemas2 baju2 dia ke dalam beg. Pok pek pok pek...cam biasa la aku kan.dok ingatkan kan dia mcm2.terutamanya jg diri dan kesihatan.
Rasa mcm tak leh berpisah lak...huuhuhu...getik nye teman.serius la...aku rindu suami aku waktu ni.walaupun dia bukan jenis romantik,atau humor...tapi, dia tetap dihati aku.dia segala2 nya. erm...sadis lak...mcm la tak penah tinggal..huhu...

Sejak ptg ni, aku dok surfing internet, smbil mengemas rumah.rasenye rumah ni dah abis kemas...ehee...nak kena sental lak yer...sok aje la..tangguh kan sket2 keje yg ada ni..esok takde la boring kan.

erm..perut pon lapo, plan nak masak simple je utk malam ni. nak buat roti bakar.idea dtg dr blog kakak ni...mcm lazat sgt!!bahan2 pon mmg dah ada kat umah. cume aku gantikan mozarela dengan grated cheese saje(ke bnda yg sama ek)...huhuh..ntah lah...wo...insyaAllah...aku tepek nnt, kalau berjaya buat.

Friday, February 26, 2010

Kek Coklat




Akhirnya, tercapai juga hasrat hati nak membuat kek choc. Setelah mengorek2 resepi, akhirnya terjumpe juga resepi yang paling simple. Resepi ni aku amik kat kat sini.

Utk kek ni, aku just amik part kek sahaja.utk ganache n topping,tak mampu lak nak membuatnye.Lagipun bahan2 tu mahal sikit, terutama whipping cream. Disebabkan nak sangat makan dengan topping coklatnye,aku just tambah2 mana yg boleh. Utk siapkan kek ni, awal2 lagi aku prepare elok2.Siapkan sume bahan2 atas meja,n siap timbang sume. Selalunye, masa nak buat tu la, baru nak kuokan bahan2, baru la timbang.so, jadik kelam kabut. Kiranye kali ni aku buat dengan penuh berhati2 la...termasuk menggunakan cawan sebagai sukatan.

Kek siap pukul 1130mlm. Time tu jugak aku aku siap2 potong utk bg Abg rase. Alhamdulillah. Dia suke!!! Tambahan pula ada topping choc yang masih mencair tu. Menjilat la...
Sini, aku tepekkan resepi sejibik dr tuan punya resepi ni. tq bebanyak.next time kena buat ganache.


Bahan2 Kek:
  • 2 cwn gula (kisar)- guna 1setengah cawan
  • 2 cwn tepung (ayak)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 cwn koko powder- guna setengah cawan
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak- guna butter cair
  • 1 cwn air panas didih
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila
  • 1 sudu besar susu pekat.
Cara:

Ayak tepong gandum, koko, baking powder dan soda bikarbonat.

Didlm bekas lain, pukul telo dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan esen vanilla.
Masukkan butter dan susu cair dan susu pekat. Gaul hingga sebati.

Masukkan tepong2 yang telah diayak tadi dengan telur. Kacau dengan cara kaup balik.

Akhir sekali masukkan air panas. Kacau hingga rata.

Bakar dgn suhu 180deg selama 30 minit.

Topping:

2 bar choc masakkan. Setengah cawan susu cair dan satu sudu butter.
Cairkan kesemua bahan diatas dengan double boiler.

Bagi kami berdua nak perabihkan kek ni, idak le mampu, aku tapaukan sket utk Intan, Liza ngan Mus.Tinggal lah beberapa kerat utk kami pulak blasah.

Wednesday, February 24, 2010

Cuaca panas dan kesah kek marble

Rupe b4 masak kemain lawo...

dah siap, tapi bantat. :(

Sungguh la panas dengan cuaca sekarang ni. Terik sgt. Kalau lepas hujan tu, lagi la, lagi panas kekdahnye. So,langkah berjaga2 skang ni, banyakkan minum air putih dan kurangkan kuo waktu siang.malam boleh...amik angin..ngeee

Disebabkan umah aku ditingkat paling atas, angin panas bercampo dengan keadaan yg mmg panas.leh la imagine kan betapa suasana sering bertukar kepada berangin dan panas.ayo...camne nak terangkan yer...

pe2 pon, perot ni sgt2 nak makan kek marble.ni kes tertengok blog kak hana la ni.nmpk mcm senang.bahan2 pon senang nak dpt.pernah aku buat kek marble ni.bantat!..rasa dah sedap, tapi tak naik je.pastu lak pakai spring foam yg boco.benci tau...baru je beli, langsung tak boleh pakai.ingat nak try lah resepi ni esok.tambahkan marble je.tambah coklat ngan orange.n tambah kaler2 sket.waha...berangan kemain.hoh...bila semangat ada...pasti kek menjadi kan!!!!

Saturday, February 20, 2010

Makanan sepanjang minggu

ngee..saja2 nak letak gambo dulu, b4 naip resepinye.maleh pulok nak letak resepi sebab terasa ngantok dan panas dok depan komputer ni.maklum la, perot dah kenyang,mata pon mcm nak terkatup aje.

erm...perot ni kepingin bebeno nak makan rojak mamak dengan popia basah. Sebab nak makan rojak punya pasal, aku gigih sms suami ingatkan dia utk bfast kat kedai mamak pagi ni.harap2 ada la rojak, rupanya hampa, tengahari nnt baru ada. tapa..tapa..aku order itely(ntah betoi ejaannya).makan 3 keping, kenyang amat. sgt sdp..lama bebeno tak makan. utk popia basah lak, aku usehe ni nak cari resepi ni. bila pk2 balik, aku rindukan POPIA MAK!!! sambal mak mmg sedap in the world.abg pon kalau balik tapah, kompom belasah popia aje. actually, aku dah penah try resepi popia mak. smbal je tak jadi sket. mungkin aku kena ejas2 sket resepi mak dengan resepi yang aku collect ni. asalnye, dok teringin sgt ni pasai aku tgk citer kat astro prima ni la...tajuk nye "Anak mamak, menantu mami'..ha,camtu la tajuknye. terus terliur smpai la nii...(btw, citer best sgt tau!!!)

Ok, resepi dah kumpul, tinggal nak cr bahan2 je ptg kang.abg koje malam, so, takde hal lah nak sopin.

utk tatapan sementara, aku letakkan koleksi resepi seminggu.resepi nnt lah.huhu


Nasi goreng cina


Cekodok Labu


Nasi Ayam


Tart Telur

Minggu yang mendung

Minggu yang begitu 'mendung' bg kami sekeluarga termasuk rakan2 disini.
Bermula dengan Rizal, diikuti dengan Mak mertua aku, kemudian berita dari temerloh.
Sungguh menguji kami.

Pada hari yang sama kami menerima 2 berita yang mengejutkan. Rizal suami Liza, koma. Punca penyakit belum dikenalpasti. Sebelum ni dia demam sakit2 sendi selama seminggu. Agak ralat sedikit, dia tak pernah berjumpa doktor. Pagi yang dia kena warded tu je, dipaksa disebabkan keadaan dia semakin lemah, tak makan seminggu. Koma disebabkan tiada tindak balas terhadap rawatan yang diberikan, termasuk paru2 nya telah rosak disebabkan kuman dan kahak yang menyerkat saluran pernafasannya.Kemudian, dlm petang yang sama, mak masuk hospital disebabkan tekanan darah yang tinggi. Suami mengelabah jadinya. Mana satu dia nak pegi. Dengan kerja yang tak ckup org. Adoi, aku lak pening tengok dia ngelabah. Akhirnya, Mak ckp, dia stabil dan paham situasi kerja suami.

Semalam tepon Mak aka Makcik Ana. Itu yang tau berita yang Abg Tajul juga kena tahan wad sebabkan demam panas. Alhamdulillah, skrg dia dah sehat.

Berita terkini, Rizal dah stabil, dan dah ada tindak balas.Cuma dia masih koma. Mak pulak, esok dah boleh keluar.

Doa kami berdua tak pernah putus untuk mereka. Semoga mereka lekas sembuh dan ceria seperti dahulu. Amin.

Friday, February 12, 2010

Labu Labi

Arini, teman cuti. Jenuh dr pagi tadi menggaras rumahtangga.Mau seminggu jugak tak bersapu. Mujo le takde anak.Kalau ada,mau berlumut lantai.Eiii..tak kose.Maleh nak harapkan abg, sbb tau dia pon penat koje.maleh la nak suruh2.takat suruh jgn sepah udah ler.

Arini abg tolong teman ngemeh dan bersihkan ngumah.Dua2 toilet dia sental smpai abis sebotol good maid.maroh tol teman.tapi, teman ngomel2 je, idak le smpai nak marah, sbb dia udah menolong.cian abg cayang...ngeee

Tengahari td, masok simple sgt, just ayam masak kicap dan berulam kacang botol.Abg takde nak bsing, asalkan dia kenyang udah...eheheh.

So, ptg ni teman nak try buat labu cekodok.camne ek...ni la nak g sebey2 resepi...
lapo ni....campo sakit pinggang...terul tul

Wednesday, February 10, 2010

Surprise??!


Wehei..ni bukan kena mengena dengan valentine day ok.aku tak nyambutnye.actually suami la, tetiba nak surprise,aku terima jek.. :P
Pagi tadi la, dia ternmpk body spray lama aku(hok dia kasi ms mule2 kenal dulu) atas meja dlm bilik. Semalam la, aku simpan brg2 tak pakai dlm box kat tepi tu, 'terkeluar' lah body spray ni. aku belek2, boleh lagi pakai, tapi kena buka penutupnye lah.ehee....
agaknye, dia tgk kesian sgt,mcm dah takde perfume aku ni.tu yg dia beli ptg tadi.
lagipun, aku ni dah blsah perfume body shop hok dia.ehee...
apa2 pon, tq en SAM!muaksss....sbg balasan, tadi syg dah masakkan lemak ikan kurau utk abg kan..........muaks utk keseratus kali...muaks.

Monday, February 8, 2010

Sibuk la konon...

Alahai, malam ni baru dpt aku menjengah kejap blog burok ni. yelah, konon2 sibuk la...takde masa nak ngecek. dugaan sungguh yer minggu ni, ahad lepas balik keje,mmg kepala aku pusing2. Telan 2 biji panadol dpt Ok sekejap.lepas tu pusing balik.even nak solat pon payah,boleh berpinar2 mata dan berpeluh2. erm...aku pon tak pasti kejadian apakah ini. Stress keje...ekekek...kelako lak rasenye nak stress..nyampah lah. Dan malam tu aku tidur awal slps siapkan suami aku untuk pergi keje. Alhamdulillah, pagi tu kembali OK.

Semalam punya cerita lak.
Hujan menderu2 petang semalam. Lepas suami amik aku, terus kami makan kat ARENA. time tu la hujan lebat yang tak terhingga. tersekat 1/2 jam disana. Pergh....hujan2 lebat mcm ni...perut pon asik mintak makan aje. kebetulan LIZA bagi aku biskut LUTUT yg dia penah janjikan aku dulu. Sebenonye aku tak tau pon rope biskut ni. Aku bayangkan biskut keras yg biasa makan tu je.hok tu mmg keras la...kena rendam ngan kopi, sedaaaaap sgt.
Takde apa yang pelik sangat dengan biskut ni. Tapi, mmg SEDAP okaayyyyyyy....ada manis2 dan rasa marjerin sket! Petang tu, lepas balik dr makan tu, kami jadik lapo balik. Pe lagi, aku buatkan teh tarik panas2. Wahaaaa....seronoknye la makan. Suami mcm biasa, dia kureng sket mknn manis ni. Aku siap kabo ke suami, nak kirim lagi kat liza.nak buat stok utk 3 bulan,makan kasi muntah...boleh?ekekkeke...

untuk tatapan bersama, saksikan pen 'cicah' an biskut lutut oleh suami ku...aku tukang direktor...ngeeeeeeeeee

Thursday, February 4, 2010

Bukan malas, bukan penat..tp, teringin.

Waha..ni hoh, menu aku last week.makan sorg2 jek pasai teringin punye pasal. Suami punye lain tau. Takkan le aku nak hidangkan mknn camni kat dia.ehee...
Sekali sekala makan mcm ni kan, selera boleh dtg.pergh...kena lak dengan cili padi...mmg terangkat lah.
Ni menu ala kadar.agak2 dah hujung bulan tu, boleh try menu ni sbg slh satu menu nak save bajet...ngeeeeeee

Mana p usb memory card?

Arini teman moyan lagi pasai takleh nak upload gambo2 terkini.Semalam nak buat, tapi tak terbuat sbb penat la sesangat. Arini lak, dengan gigihnye aku nak layan blog, nak update la blog yg teman tinggaikan ni selama 3-4 ari. jenuh teman mencari,selak2 laci idok le teman jumpe.Ropenye, suami teman bw opish.

biase dia letak dlm try tu...isk...semak tul tong abu rokok ni.


Eh...eh...nok citer. Teman ni bukan le reti nak minum ayo kacip kak timah dlm tin tu. Penoh le, 2/3 kali je teman minum sejak menepuh kedewasaan ni. Ni ha, pagi tadi lemah gemalai badan teman ni. Dedo aje badan.Nok kate demam, idak juge..lemah, dah tak larat. Tp, mcm biase teman gigih juge nak buat sarapan pagi ni, erm...langsung tak terbuat. Lain macam beno badan. Pehtu, teman mengkabo le ke suami teman, "idok le sayang mu ini untuk membikin nasi grg permintaan mu itu,badan sayangmu ini lemah tidak terhingga". Huhu...suami takde hal nye. Asalkan siapkan minuman dia, dia dah OK. Kami menderu le sarap kat luo sebelum masuk kije. Teman nak taknak kena makan jugak, kang kena gas letrik(gastrik!...ekekke). Tak maunye makan, 2/3 suap aje, lain tak leh telan. Huh..mcm hape je ken!

At last, b4 suami teman bepergian...teman suh dia cr kan minuman TENAGA WANITA...ekekekek...utk mengembalikan semangat dan kekuatan teman untuk berkeroje. Pagi tu, teman minum setin...Alhamdulillah...tenaga teman kembali pulih sedikit demi sedikit hingga tengahari. Baru le buleh buat koje.ekekek

Motipnye skang ni, teman memerlukan supplement smpingan untuk tenaga dan kesihatan dlman dan luaran teman. InsyaAllah, ada rezki teman nak makan semula BIDADARI. Pastinye utk kesihatan teman dan kebahagiaan kami suami isteri.

Sunday, January 31, 2010

Nasi Goreng Merah Daging

Ini menu malam semalam. Teman dah kureng idea nak masak untuk encik abg. Maleh2 pk, teman masak nasi grg kegemaran dia aje ler. Suami kabo, nasi grg ni sebijik macam mak dia masak.Rindukan mak ler tu...ihik..untuk memastikan kepuasannye, teman masok juge.
Nasi ni tak bapae nak merah, sebab cili kering lil bit pedas.So, suam2 merah le kekdahnye.
Nak melengkapkan lagi, teman gorengkan papadom dengan ayam goreng tanpa tulang.Hok ni, teman tak makan langsung. Teman dok perabihkan siakap 3 rase tengahari smlm.ngeee

Bahan2:
2 pinggan nasi putih

Bahan untuk dikisar:
5 batang cili kering
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Sedikit ikan bilis

kisar hingga lumat.

5 biji bebola ayam brand Ayamas - potong dadu

Cara2:
Panaskan minyak. Masukkan bahan2 kisar.Goreng hingga garing atau naik minyak.Masukkan garam dan bahan perasa ikan bilis.
Masukkan bebola ayam. Biar seketika.
Masukkan nasi dan kacau hingga rata.
Perlahankan api, kacau hingga betul2 masak.
Siap

Ate..boleh ler hidangkan.

Saturday, January 30, 2010

Prosperity Burger


Ha, ni teman jumpe bege prosperity dekat RnR sini,walaweiii...ngak perlu pergi McD.Murah dan sedap.

Friday, January 29, 2010

Puding Lapis Karamel


Puding lapis yg tak brape nak jalan.Teman jek yg kena abiskan.mau berminggu2 nak abiskan ni.Suami makan septong je.Hahahaha..
Dalam peti es tu, ada setengah lagi.
Erm, agak keras skit, next time boleh try lagi, tp kena kurangkan tepong kastard.


Amik resepi dr blog hana's family.

Bahan2:
Untuk karamel - 5 sudu besar gula pasir. dan 5 sudu besar air

Cara2 buat karamel:
Masukkan gula ke dalam periuk.Tunggu hingga gula mencair dan hingga perang.
Sambil2 tu kacau, jgn hingga hangus lak
Pastu, pelan2 letak satu sudu air.Pelan2, kang meletup melecur tengan.
Kacau lagik.Letak air pelan2, hingga abis.
Siap le karamel.
Letakkan karamel ke dlm loyang.Ratakan dan sejukkan.

Bahan puding:
4 biji telor ayam
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar tepung kastard - next time pakai 1setengah sudu dah ckup.
1 sudu serbuk koko. - lain kali ubuh skit jek.n nak letak sedikit nescafe pon ok.

Cara2:
Pukul telor hingga kembang dan masukkan susu.
Masukkan esen vanila dan tepung kastard. Pukul kejap jek.
Bahagiakan kepada dua. Satu bahagian plain, dan satu bahagian letak koko.

Masukkan lapisan pertama. Pastikan semasa menuang ke dalam loyang itu, tapis bahan puding.
Kukus dalam 5-10 minit. Tuang lapisan koko lak.Ulang langkah2 tersebut hingga habis.
Amin....siap...
makan dlm keadaan puding sejuk okay...

Selamat cube

Nasi Goreng Kampung Berdaging


Ni menu malam kelmarin. Seharian tak pekena nasi, suami suggest buat nasi goreng kampung, dan perabihkan daging yg tinggal seciput je tu. Suami tolong hiris2 kan dagingnye, aku buatkan rencah untuk nasi goreng. Layan tekak stlh seharian berjalan ke sana sini.

Bahan-bahan:
Nasi
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
segenggam ikan bilis- dah siap kopek dan buang taik
5 batang cabai burung
Sedikit belacan

Tumbuk kesemua bahan2 diatas.Tumbuk jgn halus sgt2.

Daging- dihiris halus2

Cara-cara:
Panaskan minyak.
Masukkan daging.Goreng seketika.Ketepikan.
Kemudian, guna minyak yg sm, masukkan bahan tumbuk.
Kacau hingga betul2 garing.
Masukkan dgg.
Masukkan garam dan bahan perasa.
betul2 garing, masukkan nasi.
Kacau rata. perlahankan api.
Dah rata dan masak.tutup api
Sedia dimakan.

Ikan Siakap 3 Rasa



Arini, kami makan ikan.lama jugak ikan tak masuk rumah, balik2 ayam, daging.tekak pon tak leh nak terima dah.so, pagi2 lagi suami dh ke paso cr ikan.so, terjumpe ikan siakap ni.trus terpikir nak masak 3 rase aje...stim macam tak laku lak.

Bahan2:
Ikan siakap- bersihkan dan lumur dengan kunyit dan garam

Bahan2 untuk dikisar:
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang cili merah
1 biji tomato
1 batang saleri


2 sudu sos cili
2 sudu besar pes tomato - optional
Capsicum - potong dadu
2 batang putik jagung
1 batang saleri
1 biji bawang

2 sudu besar gula
sedikit garam

Cara2:
Goreng ikan hingga garing.

Panaskan minyak, dan masukkan segala bahan2 kisar.
Tunggu seketika.
Masukkan pes tomato dan sos cili.
Gaul rata.
Masukkan gula dan garam.
Pastikan rasa gula dan kemasamnye.
setelah pekat, masukkan air utk menambahkan kuah.
Tunggu seketika.Akhir sekali masukkan capsicum, putik jagung dan batang saleri.
Tunggu hingga sayur masak...

Akhir sekali..pabila ckup rase masam dan manis tutup api.
Letakkan kuah diatas ikan goreng tadi.
Siap

Samat mencube

Tuesday, January 26, 2010

Syukran

Syukur alhamdulillah.penatian selama 10 bulan telah berakhir.
Akhirnye teman dpt jugek keroje. Maka bermula 1feb 2010, kerjaya blogging teman, agak berkurangan yer.Tapi, harus menepek dan berkongsi resepi disini.
Doakan teman berjaya dan terus berjaya yer.

pstt...sgt2 kepingin coklat cheese skrg ni...rugi tak rembat kat SR tu...ku pandang2 dan jeling2 jek..

ceyooo

Wednesday, January 20, 2010

Steak Daging


Salam sumenye n selamat pagi.
pepagi dah teman memblog yer.tgh idea ni dan rajin ni, lebih baik teman siapkan resepi yang dibuat smlm. sebenonye teman teringin bebeno nak makan chicken sebeno2nye.tapi, ayam takde, teman gantikan dengan daging. jenuh la cilok2 resepi. jenuh teman jalan2, akhirnya jumpe dlm myresepi.com. resepi yang simple sangat2.manakala sosnye, teman ubah suai dengan resepi kak lang.

meh nengok...kenan ke tidak tekak tu!

Bahan-bahan:

Steak:
Daging lembu- potong lebar2(utk 4 keping)
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 sudu besar lada hitam
sedikit garam
(perapkan bahan2 diatas, selama lebih kurang 30 minit)

Setelah diperap, masak diatas kuali non stik atau nak grill lagi cantek.

Sos:
Setengah bawang merah
2 ulas bwg putih-optional-teman tak taruk pon
1 inci halia- optional-teman tak taruk
Setengah biji tomato
~semua diatas dikisar halus

bahan perasa:
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu lada hitam
1 kiub ayam
sedikit garam
1 sudu tepong jagung - letakkan dlm satu cawan gelas.

Sediakan periuk,masukkan bahan yang telah dikisar.Buka api sederhana.
Kacau seketika,masukkan bahan2 perasa.
Akhir sekali masukkan tepung jagung.
Tunggu hingga masak.Tutup api.
Sos ni masam sedikit.

:sumber-myresepi, kak lang.

Tuesday, January 19, 2010

Selak2 resepi

arini, siap menyental rumah.lama jugak tak buat aktiviti ni. dan jugak siap berkebun..ejas pasu2 tu kat luar rumah.bagi direct dengan matahari. sian pokok duit2 aku tu, abis layu semacam. tu pon suami yang perasan..so, arini pokok duit2 dah dpt zat yg secukupnye..suke!

smlm beli belah kat paso malam gelang patah. beli barang2 dapo skit2. langsung jumpe pokok buluh hok kecik-kecik tu.suami teman berkenan beno.ambik la dua batang, dan jeli kristal.arini siap, alihkan pokok lidah boya ke dalam pasu yg ada kristal.insyaAllah, bio le dia membeso dengan penuh sayang aku dengan suami..hahaha...



agak bosan sket pagi ni.tu yang selak2 buku2 resepi lama. akhirnya terjumpa resepi chicken chop dan chicken beng(popcorn ciken).yehaa....dua2 resepi dah penah dan sll aku cuba.mmg simple n sempoi.especially ciken beng tu.budak2 (anak2 sedara) aku kemain suke!
Tapi, kali ni aku nak try buat steak daging lak.tapi, guna resepi chicken chop ni. Stik utk makan malam ni. Tengahari tak masak.Malas la...sebab makan sorg, so..lebih aku masak utk malam je.makan berdua kan best...ihik..

InsyaAllah...aku akn tepekkan hasilnye..