Tuesday, December 29, 2009

Nak Balik Kampung


Seronok kemain yer nak balik kampung.Gamaknye malam ni boleh tido ke tak. Yelah, berapa kali kena cancel, sepatutnye minggu lepas dah balik, coz kami rancang2 nak jalan2 makan angin ke Lumut.Alih2, terpaksa cancel sbb, ada berita yg lebih baik kami terima. Has nak kawen!!!
So, balik kenduri ni, sebab Has nak tunang, sekali gus doa selamat utk Adik. Alhamdulillah, anak bongsu Mak dapat 8A dalam PMR. Syabas Adik.
Dalam masa yang sama jugak, Abang nak rehat.Dia dah lama tak bercuti.Sian, stress keje. Ini lah masanya jugak, nak jumpe adik bradik yg dah lama tak jumpe. Padahal, ari2 chit chat try Ym n FB.
Yelah, bila jumpe adik2, kakak2, dan abg2 aku ni ada benda je nak nyembang. Tak dpt sembang ngan deme pon tak pe, asalkan leh 'kerjakan' anak2 deme ni.Mesti riuh la umah.
Nt, aku update peristiwa di kampung okay.


ehe...nyonok nyeee

Puding trifle



1) stengah biji kek pandan gulung
2) Bahan kastard;
1 tin susu cair,
1 sudu besar gula,
4 sudu besar tepung kastard
1 mangkuk air- dicampur dengan kastard

3)1 tin buah2 campuran- asingkan air dan buah

4) Agar2(Jeli)-1 pekat serbuk agar2 nona

Cara2;
Bahan Kastard:
Mula2 panaskan susu cair dengan gula.kecilkan api.Didlm bekas lain,bancuhkan tpg kastard dengan semangkuk air.Kacau hingga rata.Dan masukkan kedlm susu cair yg telah telah dipanaskan.Kacau hingga pekat(pastikan api kecil).Apabila telah pekat, tutup api.

Kemudian,
Lapis satu- susun kek gulung yg telah dipotong.Penuhkan.dan susun rapat2.
renjiskan sedikit2 pada kek dengan air buah.

Lapis ke2;
Susun buah diatas kek.
then,Masukkan bahan kastard yg telah msk tadi hingga menjadi satu lapisan(ikut suke la nak tebal ke tak)
Tunggu seketika hingga sejuk sedikit.

Lapisan ke3;
Bahan Jeli/agar2;
Dlm masa yg sm...masakkan serbuk agar2 tadi.Ikut sukatan yg telah disediakan pada pek serbuk agar2 nona itu.

LApisan berikutnya,
Susun kek scr rawak, dan lebihan buah2.Masukkan bahan jeli/agar2 diatas lapisan itu.Penuhkan.
Tunggu seketika, sebelum dimasukkan kedlm peti sejuk

Ikut creativiti masing2.ada lapis dengan kek coklat.ikut suke lah.

Ni resepi cilok sikit2 kat internet dan sendiri.

Wednesday, December 9, 2009

Kolesterol Jahat!

Minggu lepas kami berkonvoi ramai2 ke Wet world Batu Pahat. Saje je suke suki. Lagipun, dah lama tak cuci mata. Sepnjg perjalanan, sumenye dalam keadaan yang baik. Sehingga selesai mandi manda sekitar jam 3. Dan yang paling mendukacitakan ialah tentang keadaan Abg Limi.
Sungguh mengejutkan, bila kami tengah bersuka ria, dia mengalami sesak dada dan gastrik. Itu yang diberitahu mula2 kepada kami.Ingatkan boleh baik cepat.Nampaknye semakin teruk, sehinggakan tak boleh drive boleh. Dan kami buat keputusan utk balik cepat dan mnghntar Abg Limi terus ke hospital. Akhirnya, Abg Limi terpaksa ditahan, bila doc suspek dia mengalami serangan kardiovaskular (kesempitan pembuluh darah).

Dan hari ni, hari kedua selepas dia dibedah. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik.Malah, keadaan Abg Limi semakin baik.

Apa yang menyebabkan Abg Limi boleh mengalami serangan jantung?
Melalui, apa yang telah diberitahu ialah:
1. Kurang senaman
2. Tidak menjaga makanan dengan betul

Walaupun, Abg Limi tidak merokok...faktor2 diatas adalah penyumbang besar terhadap serangan terhadapnya.

Adakah saya...
1. Makan berlebihan terutamanya yang berminyak?
2. Kerap makan mentega, marjerin, dan minyak sapi?
3. Kerap menggunakan santan dan kerisik dalam masakkan?
4. Kerap makan daging berlemak dan ayam berkulit?
5. Kerap makan daging process spt; sosej, burger?
6. Kerap minum susu penuh krim,keju dan dadih?

Monday, November 30, 2009

Raya di JB

Selamat hari raya haji.
Maka tahun ni, pertama kalinya aku tak beraya bersm korge tercinta. Waaaa....sedih sgt2.Mula2 mcm malas je nak beraya.Macam takde perasaan je, tak prepare apa2 pun. At last, bila ku pk kan kasihankan suami aku ni..aku try to hepy...yeah.....sememangnya hepy! Sebab, ada suami tercinta disisi (walaupun kena keje malam raya!huh!). Sempat jugak aku bergayut dengan Ayub,Mak dan Kak Lang. Time2 camni la sibuk nak nanye resepi~betul kata AbuYa~..hahah
Sebenonye dalam hati tu nak prepare mcm2, dimulut je ckp lain.

We decided taknak masak rendang, ketupat n wat not...muak! Akhirnya dr mulut laki aku kabo nak makan nasi tomato dengan puding trifle, maka aku hanya menurut perintah..ehe..1st time tu buat dua masakkan ni. Tapi, aku yakin je aku leh buat. Maklum la ikut skill Mak..'main campak-campak', 'kurangkan bila terasa lebih', 'lebihkan bila kurang', dan 'agak-agak'. Jadi jugak beb.Walaupun aku ni tak penah makan nasi tomato(percaya x?caye laa). Kenapa tak penah makan? Myb sbb aku tak selera tgk rupe Nasi ituw.Hahaha..

Cadangan mak adalah dengan ayam masak merah, dalca dan jelatah. Sebab bahan2 tak ckup (last minit shopping)...dalca tak jadi buat. Maka suami ku keciwa. Dia nak lauk yang berkuah. N that time pon, gigi bongsu' dia jerit2 nak kuo.Jadi, suami kurang berselera la dengan keadaan dia macam tu. Sian suamiku.
Puding trifle pon adalah percubaan aku yg pertama juga. Buat dengan layer swiss role pandan, kastard dan agar2 buah. Sempoi sgt2, tak smpai sejam menyediakannya. Kastard layer je agak lembik. Maknanya bila nak makan, kena ceduk, bukan potong. Sebab teksture lembik sedikit.
Bila nak hidangkan pada tetamu pon, terpaksa aku sediakan dlm bekas2 yang kecil. Nnt payah plak diorg nak ceduk.Jadik mcm carca marba dah!Btw, sgt sedap! (angkat bakul sendiri!).

Ni la hidangan pagi raya haji.


Sape nak perabihkan makann ni sume??? Alhamdulillah, rupenye kami tak sendirian mymbut raya korban di sini. Mujur ada Mus n family, Abg Shahrul, Razi n Paan. Thanks sebab dtg.

The next day pon, bz dengan kenduri kendara. Pusing2 bandar Pontian dengan Pekan Nenas.Sungguh la jakun.Sempat grab 2 biji nenas madu.Pergh..cicah ngan kicap sedap tu!

~untuk menu diatas, tak dpt le aku nak tepekkan resepinye...sbb, aku jenis bantai membantai je masak ni.kang mengkome idok paham.nnt2 lah, aku try wat karangan baik punye..~

Monday, November 23, 2009

Puding Kastard Pelangi



Bahan-bahan:
Agar-agar - 1 paket (1 tahil)
4 sudu tepung kastard
3 biji telur
6 sudu gula
1 tin susu cair
Pewarna - Hijau dan merah
Esen vanila

Cara-cara:
Masak agar-agar hingga masak, setelah itu tapiskan agar2 ke dlm mangkuk lain
Sementara menunggu agar2 itu masak,sediakan mangkuk lain. Masukkan susu cair dan telor.Kacau hingga sebati. Telor dimasukkan satu persatu. Seterusnya, masukkan tepung kastard, kacau hingga sebati.
Kemudian satukan bancuhan susu dan kastard tadi ke dlm mangkuk agar2.
Panaskan bancuhan hingga betul2 masak dan pekat.
Jangan lupa masukkan gula.
Akhir sekali masukkan esen vanila.

Letakkan puding kedlm acuan. Dan sejukkan.
Selamat mencuba

sumber - kak lang, temerloh

Sunday, November 22, 2009

Shepherd Pie Dengan Cheese



Alhamdulillah, siap juga buat pie ni buat kali kedua. Kali ni aku letakkan grated cheese utk topping.
Pie ditempah oleh Liza LKIM.

Resepi~

Saturday, November 21, 2009

Cabaran Langsing Sudah Bermula

Dengan tekad dan upaya, aku nak kurangkan berat badan aku dengan cr old school, tanpa product pelansingan, dan sebagainya. Pastinya dengan cara senaman dan pemakanan yang betul. Biar lambat asalkan sehat dan selamat.
Baru2 ni aku join thread Cara Kekal Dan Lansing di Forum cari.Dari situ byk perubahan dr kalangan forumer yang berjaya mengurangkan badan mereka. Semangat dtg dr situ, walaupun aku ni, hari2 ckp nak diet..tp tak penah nak strt (kurang sokongan gamaknya). Hubby plak, tak kesah dengan penampilan aku skang ni. Ye lah tu...

Mengikut sejarah keluarga, takde yang Obes mcm aku ni. Kesemua adik dan kakak aku kurus2.Me the only one yg bimbo.Hahaha..org ckp aku tak gemuk.Tapi, mempunyai rangka besar.
Pernah aku diet dengan memakan mknn seimbang, jogging, makan product kurus. Tapi, tak pernah berkesan. Semuanya berhenti di tengah jalan.
Semua product2 kurus yg aku try satu pon tak berkesan langsung!

So, dengan cabaran ni, aku tak boleh nak ckp brapa lama aku leh trun sehingga 30 kg.Mungkin mengambil masa. Tapi, sekurang2 nya aku nak lose about 2.5 kgs setiap bulan. InsyaAllah.

Nnt, aku akan sentiasa update "cabaran" itu.

So, tunggu yer.

Shepherd Pie


Bahan-bahan:


Mashed potato:
5 biji kentang - direbus hingga empuk
4 sudu besar butter
2 biji telor - dipukul sedikit
200 ml susu segar
1 sudu kecil lada sulah
Garam
(Bahan untuk kentang terpulang berapa byk yg korang suke)

Cara-cara:
1. Kentang direbus dan dilenyekkan
2. Panaskan butter, garam, susu dan lada sulah. Biarkan seketika hingga cair.
3. Masukkan adunan butter dan telur kedalam kentang.
4. Kacau hingga sebati

Inti :
400 gm daging cincang - terpulang bp banyak korang nak
1 biji bawang besar yg dipotong dadu
2 biji tomato- dipotong dadu
Sos tomato - terpulang
Sos cili
2 sudu besar tepung gandum sebagai pemekat
Garam
Bahan perasa
Lada Hitam
(Optional bg korang yg nak ubah selera, bg laki aku dia tak suke masam2, pasni leh try letak dgg ayam n mayonis aje.)

Cara-cara membuat inti:
Tumis bwg besar yang telah dipotong dadu.
Masukkan daging cincang.Tumis hingga dgg betul2 masak.
Masukkan sos tomato (tambah sos cili bg yang nak rase pedas)
Biar berkuah sket.Letak sedikit air.Dan masukkan tepung gandum.
Masukkan bahan2 perasa termasuk lada hitam.
Masukkan tomato.Kacau sedikit.
Tunggu sehingga bahan2 telah benar2 masak.

Cara2 nak sediakan shepherd pie:
Sediakan bekas, masukkan setengah dr mashed tadi ke dlm bekas dan ratakan.
Kemudian masukkan kesemua inti keatas mashed potato tadi
Seterusnya, letakkan kesemua mashed potato tadi diatas inti.
Tekan2 sedikit dan ratakan.

Akhir sekali tekankan adunan dengan garpu dan griskan dengan kuning telur ataupun grated cheese.

Bakar dengan 200c sehingga 30-40 minit.

Selamat mencuba


sumber - forum.cari

Mak dpt tender surau tapah road

Hari ni mak strt amik tender masak untuk surau Tapah Road.
Bila la aku ni nak celen mak yang sungguh berjaya itu.
Mudahan2, Allah membuka pintu rezeki bgku untuk aku lebih berjaya dari sekarang ini.
Amin Ya Rabbalalamin

Doa Minta Rezeki
1. Baca Surah Al Waqiah setiap malam
2. Baca Surah Al Imran & Solat Sunat Dhuha

Minta doa begini:
"Ya Allah Ya Tuhanku, kayakanlah aku melalui kurniaMu Ya Allah bukan kaya melalui org. Dan Ya Allahrahmatilah aku dgn rahmatMu Ya Allah bukan dari org".

Friday, November 20, 2009

Apam Marmar

Bahan- bahan:
250 gm tepung kek
200ml santan
200gm gula halus
2 biji telur gred A
1 sudu besar esen vanilla
1 sudu besar ovallete
Secubit garam
Pewarna - Hijau dan merah

Cara-caranya:
Satukan kesemua bahan kecuali pewarna.
Pukul dengan kelajuan sederhana pada awalnya, dan kemudian tambahkan kelajuan hingga adunan pekat.
Bahagikan kepada 3 bahagian adunan tersebut.
Letak warna kegemaran.
Letak satu persatu, atau layer by layer ke atas loyang.
Kukus hingga 45 minit.

Selamat mencuba


Thursday, November 19, 2009

Lempeng Gula Merah



Bahan-bahan;
2 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu pekat - terpulang nak manis ke tak
3 sudu besar susu cair - terpulang nak manis ke tak
3 sudu besar gula merah - terpulang nak manis ke tak
Garam secubit
Baking powder - secubit
Air

Cara-caranya;
Tepong gandum, soda dan garam di gaul bersama.
Letakkan air dan kacau hingga rata
Masukkan gula merah, dan susu.
Kacau hingga rata.Biarkan cair sedikit supaya senang nak tepek dlm kuali

Panaskan kuali leper.
Letakkan sedikit butter.
Letakkan dalam satu senduk bancuhan dan gaul rata.
Balik2 kan.
Sedia dimakan bersama madu.

Selamat mencuba


Instant Puff Berinti Kentang




Bahan-bahan;
Instant puff - roti prata/roti canai brand kraft

Inti:
5 biji kentang - potong dadu
1 biji bawang besar - potong dadu
Daging cincang -terpulang nak byk ke tidak
2 sudu besar udang kering
3 sudu besar kari daging
1 sudu besar serbuk cili
Garam
Gula - satu sudu kecil
Bahan perasa
Daun sup dan daun bawang
Air

Cara2 masak inti;
Tumis bawang dan udang kering.
Kemudian masukkan bancuhan kari daging dan serbuk cili.
Tumis hingga naik minyak
Masukkan daging cincang, gaul rata.
Kemudian masukkan kentang.
Letakkan air sedikit utk melembutkan kentang dan daging.
Masukkan garam dan bahan perasa.
Masak hingga empuk.
Akhir sekali letakkan daun sup dan bawang.Gaul rata.Dan tutup api

Cara membalut puff;

Pastikan roti telah dikeluarkan dr peti.Biarkan ia lembut, supaya senang utk isi inti dan membalut.
(tetapi jangan terlampau lama, nnt melekit, payah pulak nak membalut)
Letak inti.Balut dan tekankan ditepi kelim tu dengan garfu.

Sapukan kuning telor diatas puff.
Dan bakar dengan suhu 180c selama 15 minit.

Selamat mencuba



sumber- forum.cari

Monday, November 16, 2009

Sup Tulang dan Sambal Kicap



Cucur udang dan ikan bilis

Petang ahad lepas, suami nak makan cucur udang.Aku lak tak leh makan udang.Tapi nak makan juga cekodok.Senang cerita, aku buat dua2 sekali.Satu utk suami dan satu untuk aku.Adil kan.:))
Pekena juga dengan teh tarik.Syahdunye makan petang tu...:P

Cucur/Cekodok udang (Pilihan Suami)
Bahan-bahan:

Beberapa ketul udang (potong kecil2)
1 setengah cawan tepung gandum
Secubit soda bikarbonat
Sedikit garam
Sedikit perasa ikan bilis
Air

Cara-cara:
Campur kesemua bahan.
Gaulkan hingga rata dan rata.
Tidak terlampau pekat dan tidak terlampau cair...sedang2 yer
Goreng dengan minyak yang penuh.
Biar comel2...senang nak ngap


Cekodok ikan bilis (Pilihan Aku)
Bahan-bahan:

Segenggam ikan bilis - rendam seketika dan tumbuk sikit2(jangan hancur)
1 biji bawang besar
Garam
Perasa ikan bilis
1 setengah cawan tepung gandum

Cara-caranya;
Campurkan kesemua bahan.Gaul rata dan sebati.
Tidak terlampau pekat dan tidak terlampau cair...sedang2 yer.
Goreng comel2.

Tips; Mak ckp, kalau nak gaul tepong,jgn kacau kuat2, sekejap2 je.Kalau kacau kuat2, nnt tepung keras.

Selamat mencuba


Sunday, November 15, 2009

Sambal Kicap

Sambal Kicap - (yang telah dicolek2..ehee)

Bahan-bahan:

10 tangkai cili padi
1/2 tankai cili merah
2 ulas bawang putih
Satu sudu gula
secubit garam
Kicap manis
Limau nipis- 4 biji

Tumbuk cili2,bawang putih, gula dan garam hingga hancur.
Letakkan kicap,byk lebih baik.
Perah limau yang telah dibuang biji.
Disini ada rasa manis, dan masam.
Kalau yang suke masam, lebihkan limau.
Begitulah sebaliknya.
Makan dengan sup ayam, sup dgg, sup ekor, kerang bakar..dll.

Selamat mencuba


Sambal Tumis Petai



Bahan-bahan:
2 papan petai-kopek isinya
Segenggam ikan bilis
Bahan kisar- 1 biji bawang besar, 1 inci halia, 2 ulas bawang putih, 10 tangkai cili kering, 2 inci belacan.
1 biji bawang besar - potong bulat-bulat
1 keping asam keping/gelugur
Garam
Perasa aji
1 sudu besar gula
Minyak untuk menumis

Cara-cara;
Terlebih dahulu, goreng ikan bilis. Dan asingkan.
Panaskan minyak dan goreng bahan2 kisar.
Tunggu sehingga betul2 garing, masukkan petai.
Masukkan garam, gula dan bahan perasa.
Masukkan ikan bilis yang goreng tadi.
Tunggu sehingga sambal naik minyak
Kalau nak kuah, masukkan sedikit air.
Dan tunggu smpai naik minyak.
Seterusnya masukkan asam keping.
Akhir sekali letakkan bwg yg telah dipotong bulat2 sebagai hiasan.
Biarkan seketika dan tutup api.

~Selamat Mencuba


Cucur udang



Bahan-bahan cucur udang:
Tepung gandum
10-15 ketul udang putih
1 labu bawang merah
5 tangkai daun kucai - hiris kecil2
Garam
Sedikit serbuk kunyit
Perasa

Cara2nya:
Bersihkan udang.
Ambil 5 ketul udang.Asingkan.
Hiris bawang.
Kisar udang dan bawang.

Letakkan lebih kurang 2 cawan tepung gandum.
Masukkan bahan2 yang telah dikisar tadi kedalam tepung.
Masukkan kucai.
Letakkan bahan2 perasa dan serbuk kunyit
Gaulkan bahan2 tadi dengan air secukupnya
Kacau hingga sebati.Jangan lembik dan jangan keras.

Goreng dengan meletakkan seketul udang kedlm bahan tepung tadi.

Kuah Sambal:
Bahan-bahan-
10 tangkai ciri kering
2 ulas bawang putih
2 cawan air.

Kisar kedua-dua bahan tadi hingga lumat
Kemudian, tapis bahan kisar.Ambil sosnya sahaja.
Masak atas api yang kecil.
Masukkan gula dan cuka.
Tunggu sehingga kuah betul2 pekat (Cili kelihatan warna merah pekat)
Baru tutup api.
Hidangkan bersama cucur udang tadi.

Selamat mencuba



~sumber- Mak, tapah road

Scrambled eggs dengan Sup cendawan



Bahan-bahan Scrambled Eggs:

2 biji telor
Sedikit butter untuk menggoreng
Lada hitam

Cara-cara:
Panaskan butter, jangan terlalu panas.
Pecahkan telo.Masuk satu persatu.
Kacau telor hingga berketul, dalam masa yang sama letakkan lada hitam.Ikut citarasa masing2.
Tutup api.Jangan biarkan telur tadi terlampau garing.

Bahan-bahan sup cendawan:

10-15 ketul cendawan - Carik halus2 (ketul?..balasah aje la)
4 ulas bawang putih - dipotong halus2
Sedikit butter untuk menggoreng
1 ketul daging ayam, bhgian yang ada isi- potong kecil2
1 ketul kentang- potong dadu
2 sudu tepung gandum
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil kiub ayam

Cara2nya;

Panaskan butter. Masukkan bawangh putih.Tumis sekejap.
Masukkan tepung gandum.kacau hingga nmpk kekuningan.
Masukkan air mengikut keperluan.
Masukkan ayam dan kentang.Tunggu sehingga empuk.
Masukkan lada sulah, lada hitam dan kiub ayam.
Kacau hingga pekat.Biarkan seketika.
Masukkan cendawan.
Tunggu sehingga bahan2 tadi masak.
Letak perasa dan garam.
Tutup api sekiranya kuah kelihatan telah pekat.

Kemudian masukkan sedikit sup itu kedalam scrambeled eggs tadi
Atau, mahu dihidangkan berasingan pun boleh.Makan dengan garlic bread.

Selamat mencube


~sumber - Kak Zura, port klang selangor

Tuesday, November 10, 2009

Haniff Oooo Haniff




Alhamdulillah.Setelah 19 tahun tak berjumpa dengan rakan baik semasa sekolah dulu, akhirnya kami bertemu diruang maya "facebook'.Seronok tak terhingga.Macam tu juga Haniff.
Kali terakhir adalah ketika sama2 satu kelas di Sekolah Kebangsaan Tanah Rata. since then, kami tak pernah kontek,even berutus surat pun.
Tapi dalam masa yang sama, kami tak pernah lupakan antara satu sm lain.Dua tiga hari ni sempat chatting dengan dia.Mengimbas kembali kenangan lalu..sonoknyeee.Maklum la aku ni dulu2 dia nak ejas, tapi aku ni malu le konon2.Hahaha..
Nway, aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Haniff b. Mohd Amin dan pasangan yang akan melangsungkan pernikahan pada 21 Nov 2009.Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

~ramai jugak dpt kontek balik kwn2 lama, -Eni-Ros-Kak Liza-Suhana-Kak Norjalina-Kak Zarina-Ina-Liza-Saravanan(si pelukis dinosor)-Thana-Mathew..sungguh ramai.kawan2...keep in touch yer~


Saturday, October 31, 2009

Genap 5 Bulan Perkahwinan


Alhamdulillah, harini genap 5 bulan perkahwinan makcik hanin ngan en suami.Syukur, syukur dan syukur ke hadrat Ilahi, kerana dalam tempoh ini, aku bahagia bersama insan tersayang (walaupun suke merajuk...wahh...tak bleh blah lah!). Dalam tempoh itu juga penuh dengan kesabaran lah.Yeah...macik saboo..mujur suami pandai mengambil hati, mengambil berat dalam semua perkara.

Walaupun masih baru dlm rumahtangga,alhamdulillah, family aku byk memberi sokongan, dan nasehat.

Banyak lagi ranjau, liku2 yang perlu kami hadapi.Sesungguhnya aku mengharapkan kekal bahagia hingga ke akhir nyawa kami. Juga, mengharapkan sinar lebih bahagia dengan kehadiran cahayamata kami sendiri.

Moh, nengok2 gambo makcik yang posing maut ni dan sekitar majlis pertunangan dan persandingan...

Sebahagian dr family yang ada


Thanks Kak Yong - Simple hantaran, tapi aku pueh hati


Syoknyee kawen...eheee


Bertunang..biruu


Hantaran buat sendiri okay...:P




Friday, October 30, 2009

SYoknye kalau boleh join contest itu

Arrgh...bestnye kalau dpt join contest 'Senyuman Ceria Si Comel' frm 'Smileykidz'. Malangnya, aku tak leh nak sertai disebabkan syarat2 tak mencukupi.Antaranya, mestilah ANAK SENDIRI.Adeh...sungguh kijam.Nak je aku tepek muke2 anak2 sedara aku yg begitu 'terok' senyuman mereka...hahaha...

Nway, disebabkan frust tak dpt nak sertai, aku merelakan anak2 sedara aku di pertonton di blog surihanin sahaja...OK x...hahaa...jom lah belek2 muke deme yer...Antara calon2 nye;


Al-Amin.



Cantekkan sayyer!

AQilah Husna (yang ni aci tak?..ni menggoda..)

Ahmad Faris a.k.a encek amad

Senyuman menawan ke ni???

Disebelah HUsna, Ainul Robitah, sweet ken senyuman nye.kehkeh

Yang ni boleh masuk senarai ke???


BalQis Hidayah.Gedik laaa

Overall, aku leh assume la...tak leh menang pertandingan la kalau camni nye senyuman...hahahah...pe2 pon, senyuman anak2 le paling ikhlas dan menawan qalbu...out!


Wednesday, October 21, 2009

Cheesecake marble coklat


Dibuat atas permintaan perut...ihiii;

Bahan-bahan:

Base;

Kek span/ Swiss roll - satu buku/ setengah, dilenyek2 hingga hancur
Butter - 10 gm, dipanaskan
Kek dan butter digaul sehingga boleh dikepal2.
Dan letakkan diatas loyang yang telah digris.
Tekan hingga padat.


**Base boleh letak ikut suke...nak letak oreo, oat crunch, coco crunch, terpulang.


Filling;

Cream Cheese - 250gm
Plain yogurt - 200 gm

Gula halus/ kastor - 70 gm

2 biji telor- Asingkan putih dan kuning

Tepung gandum - 50 gm

Cara2;

Panaskan ketuhar dengan 180c.

Pukul putih telor hingga maringue.

Seterusnya, didlm bekas yang lain, masukkan semua bahan2 diatas, dan pukul hingga putih dan tidak bergentel.

Masukkan maringue tadi, gaul dengan kaedah kaup balik.
Gaul sehingga adunan rata. Tuang keatas base tadi.

Marble;

Panaskan coklat (4 bar) masakkan dengan kaedah double boil.
Letakkan coklat diatas filling,lorekkan2 dengan menggunakan lidi.
Masak dengan suhu 180c selama 50 minit.Masak dengan kaedah bain marie.
Setelah siap, sejukkan diluar ketuhar dlm tempoh 15 minit, kemudian baru dimasukkan ke dlm peti sejuk.Biarkan semalaman.Hasil nya memuaskan pada keesokkan paginya. Selamat mencuba!

Sumber: Forum.cari

Lempeng @'tepek'

Sardin dan lempeng adalah antara kegemaran aku kalau tak nak makan nasi. Resepi ni aku bantai aje, untuk sedap tekak je.Kalau suami plak, dia suke kalau lempeng cicah dengan kari.So, kalau nak buat untuk breakfast/dinner, mesti buat hidangan yang berbeza, selera aku dan selera suami.

Lempeng atau 'tepek', 2 cara berbeza nak buat;

Versi 'tepek' Mak -
Mak akan bancuh mcm bancuhan karipap ; tepong gandum, air garam, minyak dan planta.Uli sehingga leh kepal2.Kemudian, gelek(uli) sehingga nipis.Dan masak atas kuali leper atau biasa.Tepek2 kan dengan sedikit minyak...(ehe...mungkin dari situ dpt nama tepek kot...ekekek)

Versi Aku dan Kak Lang;
Tepong gandum dibancuh dengan air dan garam, gaul sehingga sebati dan pekat (nak cair sket pon takpe, sng nak letak dlm kuali nnt) .Kalau nak letak perasa atau stok ayam, lagi sedap. Masak guna kuali leper.Letak minyak sedikit, untuk garing.Aku lebih suke nipis dan garing.


Lempeng - senang sgt nak buat!!!

Cicah sardin - Letak bwg besar byk2 n cili padi,baru la 'heaven'!!!

Tapah - JB

Wah...sekian lama tak bikin cerita dlm ini blog (wpon, baru beberapa minggu...tapi, rindu nak tulis barang seperenggan dua..)

Nak kata BZ tak jugak.Maklum la penanam anggur.Tp, nasib baik ada jugak aktiviti nak buat.Especially semasa suami pergi kursus n aku plak balik ke Tapah dengan satu project mega..haha..

Sambil2 sibuk dengan project aku tu, sempat jugak menolong mak menyiapkan tempahan kuih karipap dan untuk dibawa meniaga.Maksudnya, kalau aku kat Tapah, tak kering tangan lah!

Setalam karipap drpd 250 biji yg ditempah oleh Tabung Haji Tapah..Murah rezeki mak.


Juga meraikan harijadi adik kesayangan kami, Mohammad Ashraf Ali Muslim yang ke 15.Celebrate kecil2an aje, nothing special..tp, ckup bermakna bg kami...sayang adik!!!!

Wednesday, October 7, 2009

Sambal Goreng

walaupun rupanya buruk, tapi sedap dimakan..;P

Bahan-bahan;

Sohon -2 bungkus
Kacang panjang - potong nipis
Kentang - 5 biji - potong mcm fries dan goreng
Tempe - 5 keping - goreng dan potong dadu

Bahan-bahan untuk ditumbuk;

Cabai burung - 10 biji
Ikan bilis - segenggam
2 biji bawang besar
4/5 ulas bawang putih
2 inci halia
Belacan

-Tumbuk bahan2 diatas, sehingga lumat

Garam
Gula
Asam jawa
Kicap manis
Kicap pekat
Cili kering- 10 tangkai, dipotong halus2.

Cara-cara memasak;
Bahan-bahan yang telah ditumbuk, digoreng bersama minyak.Goreng sehingga garing.Pastikan tak hangus!
Kemudian, letakkan kicap manis dan kicap pekat(ikut suke nak pekat atau nak hitam, jangan masin sudah).
Letakkan garam, bahan perasa dan gula(1 sudu)
Letakkan air asam jawa, lebih kurang secawan.
Setelah itu, masukkan kacang dan sohon, tunggu sehingga lembut.
Kemudian masukkan kentang goreng dan tempe.Gaul hingga rata.
Setelah agak kering, masukkan hirisan cili kering.
Tutup api, dan boleh dihidangkan.




Monday, October 5, 2009

Rendang Ayam CIQ




















Rendang Ayam CIQ.

Bahan2;
Ayam - Potong kecil2

Santan
Kerisik


Bahan2 utk dikisar;

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Lengkuas

Cili kering - nak pedas, letak byk.atau boleh letakkan cili padi.
Serai

Hiasan;

Daun Kunyit


Cara2;
Masak ayam dengan santan, tunggu sehingga empuk(kalau guna ayam pencen, tunggu lama sikit),
selepas itu, masukkan bahan2 kisar, gaul hingga rata, tambah santan jika perlu. Setelah pekat, masukkan kerisik dalam satu atau dua sudu, kalau nak pekat, terpulanglah. Tunggu hingga pekat dan empuk,masukkan daun kunyit yg telah dipotong nipis.

Selamat mencuba


src="http://signatures.mylivesignature.com/54487/358/783D48C92191CCE2520905F613E3A8AE.png"

style="border: 0 !important; background: transparent;"/>

Goyang Gempa - 30 Sept 09

Kalau nak dikira, harini genap 5 hari kejadian gempa yg berlaku kat Padang, Indo. Dan ketika disana mengalami gempa yg dahsyat, disini (CIQ, Tanjung Kupang) turut rasa efeknye. Al-Kisahnya, hari tu, aktiviti aku penuh gile2, dan menjaga si budak kecik Adam.Penat tak terhingga.Maklum la, budak tu beby lagi.Mcm2 ragam lah! Minit2 kejadian, mujur Adam dah balik ngan Mama dia.lebih kurang jam 6.15pm.Aku berkejar ke jamban nak terkucil langsung utk solat asar.Sedang sedap layan...terasa pening2, badan terhoyong hayang.sah!gempa somewhere ni!!!lebih dari 3 kali terasa goyang yg kuat.sehingga nak bergerak pon tak boleh.air mata dah bertakung, takot beb...laki mak takde pulak!Terus call abg, n dia suruh turun.Ya Allah, masa tu, Dia sj yang tahu, berdebarnya hati.Apa2 akan terjadi kan.Aku pon slow2 trun, amik apa yg perlu aje.Alhamdulillah, setengah jam pastu, baru konfident nak naik.org2 kat sini pon ada yg relax aje.takpe la....aku ni risau...baru nak merasa hidup! Dengan kejadian gempa yg ntah berapa kali ni, rasa tak selamat nak duduk dibangunan tinggi.Mcam kami yg berada ditingkat 15 ni, ntah sempat tak menyelamatkan diri.Retak2 kecil dah ada sana sini.Mohon dijauhkan dari bencana dan bala...Ya Allah, Ampunkan aku!

Thursday, October 1, 2009

Hari Raya 09

Tahun ni, adalah tahun pertama beraya bersama suami.Kali ni, turn raya di Tapah, Perak.
Pertama kali juga beraya setelah bergelar isteri.Banyak juga hal2 yang tak tau, dan kena buat.Erm...dah namanya isteri.Kena taat tau.

Kali ni, adik beradik semua ada, kecuali Ngah.Takpa la..kitorg paham keadaan dia.Erm....mcm2 hal yang berlaku sejak akhir2 ni.Ada yang sedih dan gembira.Tapi, tak mau ingat (bukan taknak ingat, tapi mahu lupakan kejap)...hanya nak celebrate raya sj


Foto keluarga takde utk tahun ni.Ntah apa silapnya.Masing2 bz agaknya.huhuuuu.


Sempat posing ngan Hasbi


Setelah kembali semula ke CIQ, pada ahad lepas sempat juga kami buat open house kecik2.Kebetulan kwn2 suami free, so, haritu amat sesuai lah diorg terjah rumah kami ni.Tapi, ralat sedikit.Kesihatan tak megizinkan utk aku menyediakan juadah yang banyak.Hari tu, aku dan suami sempat menyediakan rendang ayam, nasi impit, smbal goreng dan bihun singapore sahaja.

Hampir pukul 5, selesai sudah.Makanan pon tinggal sikit2.Badan pun penat.Alhamdulillah, makanan tak membazir.Terima kasih kepada yang sudi dtg.


src="http://signatures.mylivesignature.com/54487/358/783D48C92191CCE2520905F613E3A8AE.png"

style="border: 0 !important; background: transparent;"/>












Oreo Cheese cake

Akhirnya, menjadi juga ciskek buatan sendiri.Tak perlu nak berangan2 nak dptkan dr secret recepy.Buat sendiri jadi puas!



1st trial, alhamdulillah..menjilat jari!
Resepi ni yang paling simple yang pernah aku try.senang sgt.main campak2 aje.

OreO cheesecake

250gm cream cheese
1/2 cawan fresh cream (100ml) atau boleh guna whipping cream
60 gm gula kastor
1 biji telor ayam
1 1/2 sudu besar jus lemon

Base;
Biskut Oreo dlm 2 bungkus- hancurkan (asingkan cream)
50 gm Butter - cairkan
- Biskut oreo dikisar halus. Butter dicairkan.
- Gaulkan bersama sehingga adunan leh dikepal2kan.
- Letakkan kertas minyak dan tekan2 kan adunan sehingga mampat.
- Terus masukkan kedalam fridge dlm 10-15 minit atau bakar dengan suhu 160c selama 10 minit.


Dalam bekas yang lain.
Pukul cheese hingga kembang

Masukkn telor, gula, whipping cream, dan jus lemon, kacau hingga sebati.
Letakkan adunan keatas base yg telah disejukkan atau dibakar.
Bakar guna teknik kukus dan bakar. 170 c, selama 30 minit.

Dah siap, terus masukkan kedalam fridge.Biarkan semalaman.


Sumber; dr FnR@forum.cari.n campak2 sukatan ikut selera sendiri.




Pertama Kali



Assalamualaikum,

Ini yang pertama kali blogging.Macam macam nak difikirkan apa yang perlu diisi dlm blog ni.Nana (x-housemate) pernah mencadangkannya beberapa bulan yang lepas.Mungkin disebabkan sibuk dengan kehidupan baru, berpuasa dan berhari raya, peluang untuk blogging terbatas sedikit, bercampur dengan malas dan malas.aiseyyyy...

Beberapa bulan ni, aktiviti harian tak banyak sangat.So, masak2 adalah aktiviti yang boleh aku buat.Pagi, petang dan malam.Kadang2 tengah malam pon masak.Maklum la, suamiku kerja shift.Menunggu dia balik, pasti aku sediakan sedikit juadah untuk alas perut.

Beberapa resepi yang pernah dicuba kenyakkannye, diambil dr internet dan resepi dari air tangan Makcik Ana yakni mak kesayangan aku.Mak ajelah tempat aku korek rahsia mskkannya.Maklum la, dari air tangan mak la, aku ni membesar seperti juara.ekekek.

Sebenarnya masak memasak ni, amatlah seronok.puas.terutama bila dihidangkan kepada orang tersayang.segala komplen, komen...tak kesah, asalkan ada feedback dr mereka yg merasa.Kebetulan puasa lepas, suami rajin menjemput rakan2nya utk berbuka bersama.Maka, aku dirumah kena kerah otak, tenaga memikiokan apa resepi yg sesuai.dan yang pasti belum pernah dicuba.Alhamdulillah, ada yg menjadi, dan ada yg tak.Takpe la, tak kesah...asalkan mencuba.

(psst; aku bukan penulis yang baik...tapi bolehlah)

Caiyok2 utk aktiviti seterusnya...ermmm....mcm nak makan BINGKA LABU laa...