Showing posts with label Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Peribadi. Show all posts

Monday, October 24, 2011

Lamanye tak memblog

Salam petang nan sejuk hingga ke telung.

Lama sungguh tak memblog, tp kalau membaking selalu je..ihi.Petang ni, sebenarnye banyak sgt kerja.Jap2 lagi nak kena masuk meeting lak...Abah Bro sebuk la, dah nak balik buat meeting.Sunnguh lah tabah anak2 ni.Erm, perut ni kembung lak, sume ni gara2 makan nangka masak lemak Nas bw tghari tadi.Makan tak ingat langsung.Ntah berapa kali ceduk2 kuah nangka tu..mmg sedap,jadinye penangan nangka...angin satu badan.

Buat masa ni, ada beberapa entry yg best bakal di update.Especially, pelbagai resepi dah try.Mmg best dan sempoi.Sempat juga letak dan share resepi kat facebook utk tatapan org kat luo/org2 jauh.

Esok2 la nak update.Nak meeting..pehtu balik, pehtu amik Amani, pehtu masak, pehtu pk nak makan apa..ihi..

Thursday, December 23, 2010

@ 23 minggu

Sejak dah banyak minggu ni,banyak perubahan berlaku pada diri teman.Ehe..mcm2 lah..tak reti plak teman nak explain..yg best..ada officemate yg tak perasan teman tgh nandong...aisehhh..takpe...teman menten cun je ngan berbaju kurung(sambil kancing kain dibuka sedikit..ekekke).Ana, dah pon strt cuti, menunggu hari.Sunyi sket opis...dan mcm dah kekurangan mknn je sejak dia takde..hahah!(sll dia bw mknn:tart telor, kek, )sangap kami ni.hahah!

Preparation utk bby pon dah buat sikit2.Baju2, lampin dia dah beli.Ahad ni je nak beli keperluan lain.Banyak juga la yg belum disediakan.Apa2 pon kena tanye yg berpengalaman.Sbb takot membazir di kendian hari. Teman ngan Suami ada plan, nak BF je bby.Tak mo amik Formula milk...bila pk2 kan, amat berbaloi kalau BF, bajet boleh dikurangkan..lg pun susu ibu banyak kandungan khasiatnye kan. Ni la, dok survey pump yg sesuai.

Dengan kandungan yg dah 23 minggu ni, teman dah rasa pergerakkan bby.Mule2 tu terasa denyut2 kecil dan halus...seawal tu, teman tak perasan sgt.Sehingga sekarang, pergerakkan tu dah mula teman rasa, termasuk Ayahnya. Posisi badan kena betoi la kalau nak rasa tendangannya tu.Kalau mengiring, mmg tak berasa sgt.Teman kena baring terlentang sedikit(senget)..baru rasa kicking tu. Erm...hari2 Suami dok raba2 perut teman ni, berckp2 dengan bby.Kadang tu, tgh malam pon sempat dia ckp2 dengan perut ni. :)

Sepanjang bermalas nak update blog ni, banyak gak aktiviti yg dah teman buat.Paling best, Mak Abah, Family Kakde, Family Kak lang, dan Has laki bini dtg sini(buat pertama kali..waaa)Puas hati la spjg diorg kat sini.Rumah mmg penuh sgt2..dapo tak sempat nak kering...asyik masak je. Diorg pon paham ngan keadaan teman ni kan, so...bab2 masak2 ni, teman serahkan sume kat deme...syukur dpt kakak2 yg rajin membantu ni. Suami plak lagi la hepi..suke sgt melayan anak2 sedaranya..Lepas ni bulan 2 plak la jumpe diorg..insyaAllah..takde aral nak g Bukit Merah.

Lain 2 update...minggu bermalas telah menyerang kembali..tak kira dimana jua..opis n umah...sama je.hahhah!minggu ni je..langsung tak berasap dapo(deme kabo...mentang2 la dah bergaji!)..ok..smpai sini aje la..

Monday, October 18, 2010

Lama tak jenguk blog

Lama sungguh tak jenguk blog ni. Banyak juga aktiviti lepas raya ni, esp dengan kerja yang menimbun, dan keadaan diri yg uzur ni.Alhamdulillah, walau apa pun, aku harunginye juga dengan happy, dan syukur.Hubby banyak tolong n bg moral support. Arini dah genap 14 minggu usia bby dlm tummy ni,tp, Mama still mabuk2 lagi, takde selera makan,pening2 dan lemah2 badan.
Sepanjang perjalanan minggu kandungan ni, berat badan menten, tak naik dan turun,tekanan darah pun ok, alhamdulillah, MGTT dah pun buat.result?takde diebetes kot..

Spjg 14 minggu ni, Mama:
1-Masih kurang berselera makan..esp nasi
2-strt week 13, Mama dah muntah2 :(
3-suka makan jajan, roti canai-tu pembangkit selera
4-tummy mama lom beso lagi.ehee...tp, Yayah sll usap perut Mama.
5-Belum terdaya nak masak.Nasib baik Yayah ada, sll buatkan Mama susu n cuci toilet.ekekek
6-ptg till mlm...mood Mama tonggang terbalik.
7-Mama dah strt pakai maternity suit.comel2 la sgt.

harini sepatutnye ada 3rd apt dengan klinik desa tiram duku, tp terpaksa tangguh sbb aku malas nak amik cuti/mc/time slip..sbb minggu lepas dah seminggu lebih aku bercuti,segan la pulak.ehee

Berbalik pada cuti aku yang panjang minggu lepas.Setel sume urusan kahwin has n shah.dlm keadaan aku yg uzur ni,buleh jugak aku turun padang.Malas nak ikutkn sgt, nnt jadi malas.Walaupun kenduri pakai katering, tp sebelah malam nye tu, ada kenduri utk aqiqah Ahmad Kamil.Agak penat jugak la..nak kena masak dan kemas segalanya.Pe2 pon, plan kami tak p kenduri belah banting, akhirnya tak jd.Kami pergi jugak...rugi woo...sbb Yeop dah janji nak belanja makan beso..ehehhe.pe2 pon selesai dah majlis, tinggal la mak abah berdua di kampung.ish...sedih.

Sunday, January 10, 2010

Jalan, Makan,Jalan, Makan



Untuk 2 hari berturut2, aku dan suami tak lekang kat umah. Masa yang ada nak dihabiskan bersama2. Kualiti time bersm keluarga mesti ada, wpon sekejap. Abg cuba juga cari masa utk kami berdua. Sayang really appreciate it. Muahhhss...

Antara yg best, jumpe satu kedai di JJ Bukit Indah, iaitu Daiso. All item only rm5. Paling best tempat ni, sume brg made in Japan,byk pilihan. Yg paling kami teruja adalah tupperware. Wow...benda murah,lantas kami rembat ler. Next time mesti nak kena pegi lagi.Harus!!!!

Abg yg lebih2. Antara kami berdua, dia mmg paling xcited bab2 beli brg dapo ni. Actually dia tau apa yg kita tak tau. Kalau beli bahan2 nak masak. Belum kita list apa bahan yg diperlukan, dia dah tahu. So...di Daiso, kami borong tupperware, belaka comei2 dan pelbagai kegunaan. Lama juga kami merayau dalam tu. Survey sikit, sebab lepas ni akan dtg lagi.

Thursday, January 7, 2010

Majlis Pertunangan Has dan BBQ

Tahniah Mak Yang!


Alhamdulillah, urusan pertunangan Has dah berlangsung dengan lancar. Apa org ckp "tetibe"..angin takde, ribut takde, tup tup nak bertunang. Tu org kabo, kalau dah smpai seru kan.
Pada mulanya, aku dan suami mmg merancang nak balik Tpah/ Ipoh untuk makan angin. Kami telah merancang nak pegi Lumut, rancang bersama kakde, Mak, Yop. Alih2 terpaksa cancel sebab Has nak bertunang. Takpela, asalkan kami balik juga.

Mula2 merancang, nak buat Cheese Cake Coklat utk hantaran. Tapi tak jadi, sebab dah lewat dah. Pikir2 balik, takpe la, aku nak buat jugak malam kenduri tu sbb budak2 dah bising nak makan ciskek makndak.ekekekek..Malam tu slps isyak, aku jadi 'cikgu' kepada Kak zura, Kakde, Izzati, BalQis, Mak dan Kaka Cune. Ramai betullah tangan yg 'menggodey' ciskek aku ni.Diorg xcited sgt2 nak bikin, especially BalQis dan Kak Zura. Padahal simple aje...Bak kata mak...'Huh..senang sgt, mak pejam mata je buat'(biasa la ayat2 mak...ekekkekek).Disebabkan ramai sgt yg nak menolong, jadik lambat nak siapkannye. Padahal, kalau aku sorg2, kejap je udah siap. Akhirnya siap kul 12 malam. Yang setia dengan aku menunggu ialah BalQis dengan YoYoB..ekekekek..Tapi, frust sgt, sbb terlupa nak snap picture ciskek itu...sbb sume dah masuk dlm perut.Hahahah

Majlis berlangsung pada 01.01.2010, Jumaat. Kenduri sederhana tapi meriah. Sambut sekali dengan kenduri kesyukuran untuk Adik Ashraf. Makanan mmg best belaka. Paling terharu, ada Tapai. Bukan apa, masa aku kawen, kami laki bini kempunan tak dapat makan tapai.Habis, licin!
Kali ni, 2 hari aku bedal tapai. Nasib baik tak kena panas badan..huhu~~
Kenduri setel b4 solat Jumaat. Diorg (pihak lelaki) dah decide nak kawenkan Has dengan Shah pada bulan 10.

Selama berada di Tapah, kami dipenuhi dengan aktiviti keluarga. Kenduri sana sini. Berkonvoi anak2 Pakcik Muslim. Kiranya, rumah tak berasap ler.Masing2 dah penat nak masak je kojenye.

Ingatkan boleh berehat, rupenye nak kena masak untuk BBQ malam tu. Masak simple aje, tapi, banyak. Antara menu yg sempat dibuat:

~Ayam BBQ- 3 ekor
~Kerang Bakar
~Udang Bakar
~Sosej
~Jagung rebus
~Salad
~Nasi goreng cina
~Puding Buah
~Puding trifle
~Coklat cheesecake
~Air Siren (Abg Yusri kabo Sirap+Oren)
~Sambal Kicap

erk...aku nmpk sup cendawan ditepian tuuu!!

Sebelum aku boleh mengingat ni,meh aku letakkan resepi bg sup cendawan Kak Zura. Petang sebelum BBQ, kami semua pulun sup ni.Sangat2 sedap.


Sup Cendawan Kak Zura:

Bahan2:
1 tin cendawan butang - potong 4
1 labu bawang putih - hiris halus2
Butter - 2/3 sudu
2/3 sudu besar tepung gandum
Oregano/ Daun parsley
Lada Putih
4/5 sudu besar susu cair
1 kiub ayam
Sedikit lada hitam
Sedikit air.

Cara2:
Tumis bawang putih dengan butter. Masukkan tepung gandum. Kacau hingga agak keperangan, masukkan air sedikit. Kacau. Kemudian masukkan kiub ayam, garam, lada putih dan lada hitam. Kacau lagi. Tunggu sehingga agak pekat,(kalau pekat sgt, cairkan sedikit dengan air). Pastikan api perlahan. Teruskan mengacau. Kemudian, masukkan susu cair. Kacau lagi.
Akhir sekali masukkan oregano dan cendawan butang. Kacau hingga pekat dan likat dan kilat!

~sumber; Kak zura, Port Klang

Saturday, November 21, 2009

Mak dpt tender surau tapah road

Hari ni mak strt amik tender masak untuk surau Tapah Road.
Bila la aku ni nak celen mak yang sungguh berjaya itu.
Mudahan2, Allah membuka pintu rezeki bgku untuk aku lebih berjaya dari sekarang ini.
Amin Ya Rabbalalamin

Doa Minta Rezeki
1. Baca Surah Al Waqiah setiap malam
2. Baca Surah Al Imran & Solat Sunat Dhuha

Minta doa begini:
"Ya Allah Ya Tuhanku, kayakanlah aku melalui kurniaMu Ya Allah bukan kaya melalui org. Dan Ya Allahrahmatilah aku dgn rahmatMu Ya Allah bukan dari org".