Thursday, January 7, 2010

Majlis Pertunangan Has dan BBQ

Tahniah Mak Yang!


Alhamdulillah, urusan pertunangan Has dah berlangsung dengan lancar. Apa org ckp "tetibe"..angin takde, ribut takde, tup tup nak bertunang. Tu org kabo, kalau dah smpai seru kan.
Pada mulanya, aku dan suami mmg merancang nak balik Tpah/ Ipoh untuk makan angin. Kami telah merancang nak pegi Lumut, rancang bersama kakde, Mak, Yop. Alih2 terpaksa cancel sebab Has nak bertunang. Takpela, asalkan kami balik juga.

Mula2 merancang, nak buat Cheese Cake Coklat utk hantaran. Tapi tak jadi, sebab dah lewat dah. Pikir2 balik, takpe la, aku nak buat jugak malam kenduri tu sbb budak2 dah bising nak makan ciskek makndak.ekekekek..Malam tu slps isyak, aku jadi 'cikgu' kepada Kak zura, Kakde, Izzati, BalQis, Mak dan Kaka Cune. Ramai betullah tangan yg 'menggodey' ciskek aku ni.Diorg xcited sgt2 nak bikin, especially BalQis dan Kak Zura. Padahal simple aje...Bak kata mak...'Huh..senang sgt, mak pejam mata je buat'(biasa la ayat2 mak...ekekkekek).Disebabkan ramai sgt yg nak menolong, jadik lambat nak siapkannye. Padahal, kalau aku sorg2, kejap je udah siap. Akhirnya siap kul 12 malam. Yang setia dengan aku menunggu ialah BalQis dengan YoYoB..ekekekek..Tapi, frust sgt, sbb terlupa nak snap picture ciskek itu...sbb sume dah masuk dlm perut.Hahahah

Majlis berlangsung pada 01.01.2010, Jumaat. Kenduri sederhana tapi meriah. Sambut sekali dengan kenduri kesyukuran untuk Adik Ashraf. Makanan mmg best belaka. Paling terharu, ada Tapai. Bukan apa, masa aku kawen, kami laki bini kempunan tak dapat makan tapai.Habis, licin!
Kali ni, 2 hari aku bedal tapai. Nasib baik tak kena panas badan..huhu~~
Kenduri setel b4 solat Jumaat. Diorg (pihak lelaki) dah decide nak kawenkan Has dengan Shah pada bulan 10.

Selama berada di Tapah, kami dipenuhi dengan aktiviti keluarga. Kenduri sana sini. Berkonvoi anak2 Pakcik Muslim. Kiranya, rumah tak berasap ler.Masing2 dah penat nak masak je kojenye.

Ingatkan boleh berehat, rupenye nak kena masak untuk BBQ malam tu. Masak simple aje, tapi, banyak. Antara menu yg sempat dibuat:

~Ayam BBQ- 3 ekor
~Kerang Bakar
~Udang Bakar
~Sosej
~Jagung rebus
~Salad
~Nasi goreng cina
~Puding Buah
~Puding trifle
~Coklat cheesecake
~Air Siren (Abg Yusri kabo Sirap+Oren)
~Sambal Kicap

erk...aku nmpk sup cendawan ditepian tuuu!!

Sebelum aku boleh mengingat ni,meh aku letakkan resepi bg sup cendawan Kak Zura. Petang sebelum BBQ, kami semua pulun sup ni.Sangat2 sedap.


Sup Cendawan Kak Zura:

Bahan2:
1 tin cendawan butang - potong 4
1 labu bawang putih - hiris halus2
Butter - 2/3 sudu
2/3 sudu besar tepung gandum
Oregano/ Daun parsley
Lada Putih
4/5 sudu besar susu cair
1 kiub ayam
Sedikit lada hitam
Sedikit air.

Cara2:
Tumis bawang putih dengan butter. Masukkan tepung gandum. Kacau hingga agak keperangan, masukkan air sedikit. Kacau. Kemudian masukkan kiub ayam, garam, lada putih dan lada hitam. Kacau lagi. Tunggu sehingga agak pekat,(kalau pekat sgt, cairkan sedikit dengan air). Pastikan api perlahan. Teruskan mengacau. Kemudian, masukkan susu cair. Kacau lagi.
Akhir sekali masukkan oregano dan cendawan butang. Kacau hingga pekat dan likat dan kilat!

~sumber; Kak zura, Port Klang

No comments:

Post a Comment