Friday, February 26, 2010

Kek Coklat




Akhirnya, tercapai juga hasrat hati nak membuat kek choc. Setelah mengorek2 resepi, akhirnya terjumpe juga resepi yang paling simple. Resepi ni aku amik kat kat sini.

Utk kek ni, aku just amik part kek sahaja.utk ganache n topping,tak mampu lak nak membuatnye.Lagipun bahan2 tu mahal sikit, terutama whipping cream. Disebabkan nak sangat makan dengan topping coklatnye,aku just tambah2 mana yg boleh. Utk siapkan kek ni, awal2 lagi aku prepare elok2.Siapkan sume bahan2 atas meja,n siap timbang sume. Selalunye, masa nak buat tu la, baru nak kuokan bahan2, baru la timbang.so, jadik kelam kabut. Kiranye kali ni aku buat dengan penuh berhati2 la...termasuk menggunakan cawan sebagai sukatan.

Kek siap pukul 1130mlm. Time tu jugak aku aku siap2 potong utk bg Abg rase. Alhamdulillah. Dia suke!!! Tambahan pula ada topping choc yang masih mencair tu. Menjilat la...
Sini, aku tepekkan resepi sejibik dr tuan punya resepi ni. tq bebanyak.next time kena buat ganache.


Bahan2 Kek:
  • 2 cwn gula (kisar)- guna 1setengah cawan
  • 2 cwn tepung (ayak)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 cwn koko powder- guna setengah cawan
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak- guna butter cair
  • 1 cwn air panas didih
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila
  • 1 sudu besar susu pekat.
Cara:

Ayak tepong gandum, koko, baking powder dan soda bikarbonat.

Didlm bekas lain, pukul telo dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan esen vanilla.
Masukkan butter dan susu cair dan susu pekat. Gaul hingga sebati.

Masukkan tepong2 yang telah diayak tadi dengan telur. Kacau dengan cara kaup balik.

Akhir sekali masukkan air panas. Kacau hingga rata.

Bakar dgn suhu 180deg selama 30 minit.

Topping:

2 bar choc masakkan. Setengah cawan susu cair dan satu sudu butter.
Cairkan kesemua bahan diatas dengan double boiler.

Bagi kami berdua nak perabihkan kek ni, idak le mampu, aku tapaukan sket utk Intan, Liza ngan Mus.Tinggal lah beberapa kerat utk kami pulak blasah.

No comments:

Post a Comment