Wednesday, January 13, 2010

Ayam Bakar Black Paper Mayonis


Ayam Bakar Black Paper Mayonis


Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam, bahagian dada, paha(kelar-kelar)

Bahan2 utk di kisar:
2cm halia
2 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 tangkai serai, potong halus

Bahan2 sos dan perasa:
1 sudu black paper
1 sudu madu
1/2 sudu gula
1 sudu besar kicap manis
1 sudu sos tiram
1 sudu lada sulah
2 sudu besar mayonis
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:
Rebus ayam seketika.(mudah untuk membakar nanti)
Sesudah itu,campur kesemua bahan2 tadi.Gaul hingga rata.
Perap hingga 2-3 jam didlm peti ais.

Bakar dengan suhu 200celcius selama 30 minit.
Guna api atas bawah

::sumber: rimbun@fnr forum.cari::

Side menu:
Sup Bebola Ayam:

4-6 biji bebola ayamas
Air rebusan ayam
Sedikit stok ayam
Sedikit garam

Masak kesemua diatas.
Kemudian,
Bwg merah, putih dan sedikit halia dipotong mayang, dan digoreng/tumis digoreng tepi(guna kuali lain)

Masukkan bahan2 goreng ke dalam sup.Kacau dan tutup api.

Sayur Goreng Capcai:


Celur kesemua dibawah:
Beberapa batang brocoli
Beberapa batang kobis bunga
2 tangkai putik jagung - potong bulat2

Bahan sos:
1 biji bwang putih - ketuk
2 sudu besar sos tiram
secubit gula
secubit garam
sedikit tepong jagung
Air dlm 5 sudu
Sedikit minyak

Tumis bawang putih, masukkan air sedikit.
Kemudian letak sos tiram dan bahan perasa
Akhir sekali letak bancuhan tepong jagung.
Kacau hingga pekat.

Curah sos ke atas sayur yang telah dicelur.

Selamat mencuba.








No comments:

Post a Comment

Post a Comment