Friday, January 29, 2010

Puding Lapis Karamel


Puding lapis yg tak brape nak jalan.Teman jek yg kena abiskan.mau berminggu2 nak abiskan ni.Suami makan septong je.Hahahaha..
Dalam peti es tu, ada setengah lagi.
Erm, agak keras skit, next time boleh try lagi, tp kena kurangkan tepong kastard.


Amik resepi dr blog hana's family.

Bahan2:
Untuk karamel - 5 sudu besar gula pasir. dan 5 sudu besar air

Cara2 buat karamel:
Masukkan gula ke dalam periuk.Tunggu hingga gula mencair dan hingga perang.
Sambil2 tu kacau, jgn hingga hangus lak
Pastu, pelan2 letak satu sudu air.Pelan2, kang meletup melecur tengan.
Kacau lagik.Letak air pelan2, hingga abis.
Siap le karamel.
Letakkan karamel ke dlm loyang.Ratakan dan sejukkan.

Bahan puding:
4 biji telor ayam
1 tin susu cair
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar tepung kastard - next time pakai 1setengah sudu dah ckup.
1 sudu serbuk koko. - lain kali ubuh skit jek.n nak letak sedikit nescafe pon ok.

Cara2:
Pukul telor hingga kembang dan masukkan susu.
Masukkan esen vanila dan tepung kastard. Pukul kejap jek.
Bahagiakan kepada dua. Satu bahagian plain, dan satu bahagian letak koko.

Masukkan lapisan pertama. Pastikan semasa menuang ke dalam loyang itu, tapis bahan puding.
Kukus dalam 5-10 minit. Tuang lapisan koko lak.Ulang langkah2 tersebut hingga habis.
Amin....siap...
makan dlm keadaan puding sejuk okay...

Selamat cube

No comments:

Post a Comment