Tuesday, January 5, 2010

Puding Trifle Dengan sos kastard



Satu lagi puding trifle sempat aku buat di Tapah. Puding ni request by budak2 dan anak2. Kali ni mmg nekad nak buat betul2.Sebab nak bikin banyak, utk makan malam BBQ. Ni hasilnye.

Untuk bahagian kek, aku amik belen2 kek hantaran Has.ekekke..dari terbuang macam tu aje.baik perabihkan untuk puding ni kan. Ada 3 jenis kek, aku campak kat dalam ni iaitu, kek oren, swiss role, dan kek coklat. Untuk bahagian layer atas sekali, aku pakai instant Puding Kelapa Nona. Part ni tak berapa menjadi sebab dia meresap terus ke dalam kek. Salah teknik la ni. Next time, kalau nak letak agar2 atau puding, tak boleh diatas/dilapiskan diatas kek, sebab mudah meresap, melainkan kalau kita lapiskan diatas puding kastard. Yela...belajar dr kesilapan.

Cume yg berbeza dengan puding trifle sebelum ni, kali ni, aku kurangkan manis utk puding kastard. Bahagian kek sudah manis, so tak perlu tambah lagi.OK la rase dia seimbang. Lagi satu, aku try makan dengan sos kastard. Bagi berkuah sedikit ler.

Bahan2:

1 tin susu cair
4 sudu tepung kastard cap Blue key
1 mangkuk air
Gula (ikut suke)

Masakkan kesemua bahan diatas diatas api yang kecil.
Kuah hendaklah cair sedikit.
Tunggu hingga masak.
Masukkan kedalam peti sejuk.

Makan bersama buah-buahan campur.

No comments:

Post a Comment